Daif

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW melaknat perempuan yang melakukan rawatan pada mukanya dengan mengubah warna kulitnya

Teks Bahasa Arab

كان رسولُ اللهِ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ - يلعن القاشرةَ والمقشورةَ، والواشمةَ والموتَشِمةَ، والواصلةَ والمتصلةَ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW melaknat perempuan yang melakukan rawatan pada mukanya dengan mengubah warna kulitnya serta perempuan yang meminta rawatan tersebut; perempuan yang membuat tatu dan perempuan yang meminta untuk dibuatkan tatu; dan perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta untuk disambungkan rambutnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 208, hadis no. 1098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: ((كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يلعن القاشرة والمقشورة، والواشمة والموتشمة، والواصلة والمتصلة)). [حم، ((الضعيفة)) (4310)]

(Daif) Daripada ‘A’ishah RA berkata: Rasulullah SAW melaknat perempuan yang melakukan rawatan pada mukanya dengan mengubah warna kulitnya serta perempuan yang meminta rawatan tersebut; perempuan yang membuat tatu dan perempuan yang meminta untuk dibuatkan tatu; dan perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta untuk disambungkan rambutnya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4310]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.