TEKS BAHASA ARAB
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء والمترجلات من النساء المتشبهات بالرجال والمتبتلين من الرجال الذي يقول: لا يتزوج والمتبتلات اللائي يقلن ذلك وراكب الفلاة وحده. فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى استبان ذلك في وجوههم وقال: والبائت وحده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW melaknat lelaki pondan yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, lelaki yang enggan berkahwin, perempuan yang enggan berkahwin, pengembara berseorangan. Larangan ini menyukarkan para sahabat Rasulullah SAW sehingga terzahir di raut wajah mereka, dan Baginda bersabda lagi : Dan juga orang yang tidur berseorangan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1069, hadis nombor 5450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال:لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء والمترجلات من النساء المتشبهات بالرجال والمتبتلين من الرجال الذي يقول: لا يتزوج والمتبتلات اللائي يقلن ذلك وراكب الفلاة وحده. فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى استبان ذلك في وجوههم وقال: والبائت وحده. [حم، تخ، عق، الضعيفة (5251)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata: Rasulullah SAW melaknat lelaki pondan yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, lelaki yang enggan berkahwin, perempuan yang enggan berkahwin, pengembara berseorangan. Larangan ini menyukarkan para sahabat Rasulullah SAW sehingga terzahir di raut wajah mereka, dan Baginda berkata lagi: Dan juga orang yang tidur berseorangan. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5251)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.