Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW melaknat lelaki pondan yang menyerupai perempuan

Teks Bahasa Arab

لعنَ رسول الله صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ مخنَّثي الرِّجالِ الَّذينَ يتشبَّهونَ بالنِّساءِ، والمترجِّلاتِ منَ النِّساءِ المُتشبهاتِ بالرِّجالِ، والمُتبتِّلينَ منَ الرِّجالِ، الَّذي يقولُ: لا يتزوَّجُ، والمتبتِّلاتِ اللَّاتي يقُلنَ ذلِكَ، وراكِبَ الفلاةِ وحدَهُ. فاشتدَّ ذلِكَ علَى أصحابِ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ، حتَّى استبانَ ذلِكَ علَى وجوهِهِم، وقالَ: والبائتُ وحدَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW melaknat lelaki pondan yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, lelaki yang enggan berkahwin, perempuan yang enggan berkahwin, pengembara berseorangan. Larangan ini menyukarkan para sahabat Rasulullah SAW sehingga terzahir di raut wajah mereka, dan Baginda bersabda lagi : Dan juga orang yang tidur berseorangan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1069, hadis no. 5450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال:لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء والمترجلات من النساء المتشبهات بالرجال والمتبتلين من الرجال الذي يقول: لا يتزوج والمتبتلات اللائي يقلن ذلك وراكب الفلاة وحده. فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى استبان ذلك في وجوههم وقال: والبائت وحده. [حم، تخ، عق، الضعيفة (5251)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata: Rasulullah SAW melaknat lelaki pondan yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, lelaki yang enggan berkahwin, perempuan yang enggan berkahwin, pengembara berseorangan. Larangan ini menyukarkan para sahabat Rasulullah SAW sehingga terzahir di raut wajah mereka, dan Baginda berkata lagi: Dan juga orang yang tidur berseorangan. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir dan al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5251)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.