Rasulullah SAW mahu mengahwini seorang wanita, maka baginda mengutuskan salah seorang wanita untuk melihatnya

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي -صلى الله عليه وسلم- أراد أن يتزوج امرأة، فبعث امرأة لتنظر إليها فقال: ((شمي عوارضها وانظري إلى عرقوبيها)). فجاءت إليهم فقالوا: ألا نغدّيك يا أم فلان؟ فقالت: لا آكل إلا من طعام جاءت به فلانة، قال: فصعدت في رف لهم فنظرت إلى عرقوبيها ثم قالت: أفليني يا بنية! قال: فجعلت تفليها، وهي تشم عوارضها، قال: فجاءت فأخبرت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mahu mengahwini seorang wanita, maka baginda mengutuskan salah seorang wanita untuk melihatnya lalu baginda SAW bersabda: “Ciumlah bau gigi depannya dan lihatlah kedua buku lalinya”. Lalu wanita tersebut mendatangi keluarga wanita tersebut lantas mereka berkata: “Adakah kamu mahu kami masakkan makanan tengah hari?”. Lalu utusan wanita itu berkata: “Aku tidak makan kecuali daripada makanan yang dimasak oleh fulanah”. Kata Anas RA: Lalu utusan wanita itu naik ke bahagian atas rumahnya lantas melihat kedua buku lalinya, kemudian dia berkata: “Wahai anak, berpalinglah padaku!”. Lantas wanita tadi berpaling ke arah utusan tadi. Kemudian utusan tadi berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu apa yang dilihatnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis nombor 4716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أنس -رضي الله عنه- ((أن النبي -صلى الله عليه وسلم- أراد أن يتزوج امرأة، فبعث امرأة لتنظر إليها فقال: ((شمي عوارضها وانظري إلى عرقوبيها)). فجاءت إليهم فقالوا: ألا نغدّيك يا أم فلان؟ فقالت: لا آكل إلا من طعام جاءت به فلانة، قال: فصعدت في رف لهم فنظرت إلى عرقوبيها ثم قالت: أفليني يا بنية! قال: فجعلت تفليها، وهي تشم عوارضها، قال: فجاءت فأخبرت)).
[ك، هق، ((الضعيفة)) (1273))].

(Munkar)
Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW mahu mengahwini seorang wanita, maka baginda mengutuskan salah seorang wanita untuk melihatnya lalu baginda SAW bersabda: “Ciumlah bau gigi depannya dan lihatlah kedua buku lalinya”. Lalu wanita tersebut mendatangi keluarga wanita tersebut lantas mereka berkata: “Adakah kamu mahu kami masakkan makanan tengah hari?”. Lalu utusan wanita itu berkata: “Aku tidak makan kecuali daripada makanan yang dimasak oleh fulanah”. Kata Anas RA: Lalu utusan wanita itu naik ke bahagian atas rumahnya lantas melihat kedua buku lalinya, kemudian dia berkata: “Wahai anak, berpalinglah padaku!”. Lantas wanita tadi berpaling ke arah utusan tadi. Kemudian utusan tadi berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu apa yang dilihatnya.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1273].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs