Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- أرَادَ أَن يتزوّج امرَأَة، فبعث امرَأَة لتنظر إِلَيْهَا فَقَالَ: شُمِّي عوارضَهَا وَانظرِي إِلَى عرقوبيها. فَجَاءَتْ إِلَيهم فقَالُوا: ألَا نغدّيك يا أم فلان؟ فَقَالَتْ: لا آكل إِلا من طعَام جاءت به فلانة، قَالَ: فصعدت في رفّ لهم فنظرت إِلَى عرقوبيها ثُم قَالَتْ: أفليني يَا بنية! قَالَ: فجعلت تفليها، وهِيَ تشم عوارضها، قَالَ: فجاءتْ فأخبرتْ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW mahu mengahwini seorang wanita, maka baginda mengutuskan salah seorang wanita untuk melihatnya lalu baginda SAW bersabda: “Ciumlah bau gigi depannya dan lihatlah kedua buku lalinya”. Lalu wanita tersebut mendatangi keluarga wanita tersebut lantas mereka berkata: “Adakah kamu mahu kami masakkan makanan tengah hari?”. Lalu utusan wanita itu berkata: “Aku tidak makan kecuali daripada makanan yang dimasak oleh fulanah”. Kata Anas RA: Lalu utusan wanita itu naik ke bahagian atas rumahnya lantas melihat kedua buku lalinya, kemudian dia berkata: “Wahai anak, berpalinglah paaku!”. Lantas wanita tadi berpaling ke arah utusan tadi. Kemudian utusan tadi berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu apa yang dilihatnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 920, hadis no. 4716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس -رضي الله عنه- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- أراد أن يتزوج امرأة، فبعث امرأة لتنظر إليها فقال: شمي عوارضها وانظري إلى عرقوبيها. فجاءت إليهم فقالوا: ألا نغدّيك يا أم فلان؟ فقالت: لا آكل إلا من طعام جاءت به فلانة، قال: فصعدت في رف لهم فنظرت إلى عرقوبيها ثم قالت: أفليني يا بنية! قال: فجعلت تفليها، وهي تشم عوارضها، قال: فجاءت فأخبرت. [ك، هق، الضعيفة (1273].
(Munkar) Daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW mahu mengahwini seorang wanita, maka baginda mengutuskan salah seorang wanita untuk melihatnya lalu baginda SAW bersabda: “Ciumlah bau gigi depannya dan lihatlah kedua buku lalinya”. Lalu wanita tersebut mendatangi keluarga wanita tersebut lantas mereka berkata: “Adakah kamu mahu kami masakkan makanan tengah hari?”. Lalu utusan wanita itu berkata: “Aku tidak makan kecuali daripada makanan yang dimasak oleh fulanah”. Kata Anas RA: Lalu utusan wanita itu naik ke bahagian atas rumahnya lantas melihat kedua buku lalinya, kemudian dia berkata: “Wahai anak, berpalinglah paaku!”. Lantas wanita tadi berpaling ke arah utusan tadi. Kemudian utusan tadi berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu apa yang dilihatnya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1273].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman