Rasulullah SAW lebih takut akan fitnah kesenangan yang menimpa umat Islam berbanding fitnah kesusahan

TEKS BAHASA ARAB

لأنا في فتنة السراء أخوف عليكم من فتنة الضراء، إنكم ابتليتم بفتنة الضراء فصبرتم، وإن الدنيا حلوة خضرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lebih aku takuti yang menimpa kamu, berada dalam fitnah (bencana) kesenangan (kemewahan) berbanding fitnah kesusahan; kamu telah diuji dengan ujian kesusahan maka kamu perlu bersabar dan sesungguhnya dunia itu manis dan hijau (memikat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1338, hadis nombor 6836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه مرفوعا: لأنا في فتنة السراء أخوف عليكم من فتنة الضراء، إنكم ابتليتم بفتنة الضراء فصبرتم، وإن الدنيا حلوة خضرة.
[ع، البزار، حل، ((الضعيفة)) (4296)]

(Lemah)
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lebih aku takuti yang menimpa kamu, berada dalam fitnah (bencana) kesenangan (kemewahan) berbanding fitnah kesusahan; kamu telah diuji dengan ujian kesusahan maka kamu perlu bersabar dan sesungguhnya dunia itu manis dan hijau (memikat)..
[Riwayat Musnad Abī Ya‘lā, al-Bazzar, Abu Nu’aim dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4296]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs