Dan Rasulullah SAW lebih suka diri kamu diberi kesihatan

TEKS BAHASA ARAB

ورسول الله يحب معك العافية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan Rasulullah SAW lebih suka diri kamu diberi kesihatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis nombor 10153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال : كنت جالسا بين يدي رسول الله ﷺ، فذكر العافية، وماذا أعد الله لصاحبها من عظيم الثواب إذا هو شكر، ويذكر البلاء وماذا أعد الله لصاحبه من عظيم الثواب إذا هو صبر،فقلت : بأبي أنت وأمي يا رسول الله ! لأن أعافي فأشكر، أحب إلي من أن أبتلى فأصبر ، فقال رسول الله ﷺ ورسول الله يحب معك العافية.
[عق، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (3982)]

(Palsu)
Daripada Abu al-Darda’ RA, katanya: Aku telah duduk di hadapan Rasulullah SAW, baginda menyebut tentang kesihatan, dan Allah telah menyediakan bagi pemiliknya pahala yang besar sekiranya dia bersyukur, dan baginda juga menyebut tentang ujian, dan apa yang Allah sediakan bagi pemiliknya pahala yang besar sekiranya dia bersabar, maka aku berkata: Apa saja untukmu (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti, keadaan aku masih lagi sihat dan bersyukur lebih suka daripada aku menderita dan bersabar, maka Rasulullah SAW bersabda: Dan Rasulullah SAW lebih suka diri kamu diberi kesihatan.
[Riwayat al-‘Uqaili, Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3982]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs