Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW lebih suka bersedekah dengan memberi makan berbanding memberi wang

Teks Bahasa Arab

لَأَنْ أُطْعِمَ أَخًا لِي في اللهِ لُقْمَةً أَحَبُّ إلَيَّ من أن أتصدقَ بدِرْهَمَيْنِ، ولَدِرْهَمَانِ أُعْطِيهِما إيَّاهُ أَحَبُّ إلَىَّ من أن أتصدقَ بعِشْرِينَ، ولَعِشْرُونَ دِرْهَمًا أُعْطِيها إيَّاهُ أَحَبُّ إلَىَّ من أن أُعْتِقَ رقبةً.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya aku memberi makan kepada seorang saudaraku kerana Allah dengan satu suapan itu lebih aku suka berbanding aku bersedekah sebanyak dua dirham. Dan dua dirham yang aku berikan kepadanya itu lebih aku sukai berbanding aku sedekah sebanyak dua puluh dirham. Manakala dua puluh dirham yang aku berikan kepadanya itu lebih aku sukai berbanding aku membebaskan seorang hamba.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis no. 21. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لأن أطعم أخا لي في الله لقمة أحب إلي من أن أتصدق بدرهمين، ولدرهمان أعطيهما إياه أحب إلي من أن أتصدق بعشرين، ولعشرون درهما أعطيها إياه أحب إلي من أن أعتق رقبة)). [ابن بشران، ((الضعيفة)) (307)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya aku memberi makan kepada seorang saudaraku kerana Allah dengan satu suapan itu lebih aku suka berbanding aku bersedekah sebanyak dua dirham. Dan dua dirham yang aku berikan kepadanya itu lebih aku sukai berbanding aku sedekah sebanyak dua puluh dirham. Manakala dua puluh dirham yang aku berikan kepadanya itu lebih aku sukai berbanding aku membebaskan seorang hamba. [Riwayat Ibn Bisyran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.307]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.