Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يُقْبِلُ بِوَجْهِهِ وَحَدِيْثِهِ عَلَى شَرِّ الْقَوْمِ يَتَأَلَّفُهُ بِذَلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW ketika berkata-kata kepada orang paling jahat pun, baginda menghadapkan wajah baginda bagi melembutkan hatinya dengan perbuatannya tersebut.
Sahabat Perawi
- Amru bin al-'As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1040, hadis no. 5322. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: كان يقبل بوجهه وحديثه على شر القوم يتألفه بذلك. [ت في الشمائل، الضعيفة (1461)]
(Lemah) Daripada ‘Amr bin al-‘As RA, beliau menyebutkan: Rasulullah SAW ketika berkata-kata kepada orang paling jahat pun, baginda menghadapkan wajah baginda bagi melembutkan hatinya dengan perbuatannya tersebut. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1461]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman