Rasulullah SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يعمل عمل البيت وأكثر ما يعمل الخياطة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah. Kerja yang paling Baginda kerap lakukan adalah menjahit.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis nombor 5400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان صلى الله عليه وسلم يعمل عمل البيت وأكثر ما يعمل الخياطة. [ابن سعد، الأصبهاني، الضعيفة (4282)]

[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah. Kerja yang paling Baginda kerap lakukan adalah menjahit. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4282]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs