Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah

Teks Bahasa Arab

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ عَمَلَ البَيْتِ ، وَأَكْثَرُ مَا يَعْمَلُ الخِيَاطَةَ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah. Kerja yang paling Baginda kerap lakukan adalah menjahit.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis no. 5400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان صلى الله عليه وسلم يعمل عمل البيت وأكثر ما يعمل الخياطة. [ابن سعد، الأصبهاني، الضعيفة (4282)]

[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW kerap melakukan kerja-kerja rumah. Kerja yang paling Baginda kerap lakukan adalah menjahit. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4282]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.