Rasulullah SAW kerap makan labu

TEKS BAHASA ARAB

كان يكثر من أكل الدباء فقلت: يا رسول الله إنك تكثر من أكل الدباء قال: إنه يكثر الدماغ ويزيد في العقل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW kerap makan labu. Saya berkata: Wahai Rasulullah, kerap sungguh anda makan labu. Baginda menjawab: Labu menambahkan otak, menambahkan akal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis nombor 5349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: كان يكثر من أكل الدباء فقلت: يا رسول الله إنك تكثر من أكل الدباء، قال: إنه يكثر الدماغ ويزيد في العقل. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (1608)]

[Palsu] Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW kerap makan labu. Saya berkata: Wahai Rasulullah, kerap sungguh anda makan labu. Baginda menjawab: Labu menambahkan otak, menambahkan akal. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs