Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW kerap makan labu

Teks Bahasa Arab

كَانَ يُكْثِرُ مِنْ أَكْلِ الدُّبَّاءِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ! إِنَّكَ تُكْثِرُ مِنْ أَكْلِ الدُّبَّاءِ، قَالَ: إِنَّهُ يُكْثِرُ الدِّمَاغَ وَيَزِيْدُ فِي العَقْلِ.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW kerap makan labu. Saya berkata: Wahai Rasulullah, kerap sungguh anda makan labu. Baginda menjawab: Labu menambahkan otak, menambahkan akal.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis no. 5349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: كان يكثر من أكل الدباء فقلت: يا رسول الله إنك تكثر من أكل الدباء، قال: إنه يكثر الدماغ ويزيد في العقل. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (1608)]

[Palsu] Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW kerap makan labu. Saya berkata: Wahai Rasulullah, kerap sungguh anda makan labu. Baginda menjawab: Labu menambahkan otak, menambahkan akal. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1608]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.