Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ الحَمَّامَ، وَكَانَ يَتَنَوَّرُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW kerap ke tempat mandi, dan mengenakan nawrah (untuk mencabut rambut].
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis no. 5345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن محمد بن زياد الألهاني قال: كان ثوبان جارا لنا وكان يدخل الحمام فقلت له قال: كان صلى الله عليه وسلم يدخل الحمام وكان يتنور. [ابن عساكر، الضعيفة (1801)]
[Sangat lemah] Daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani, beliau berkata, Thawban merupakan jiran saya, dia selalu ke tempat mandi. Saya bertanya kepadanya perihal itu, lalu beliau berkata: Rasulullah SAW kerap ke tempat mandi, dan mengenakan nawrah (untuk mencabut rambut). [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1801]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman