Rasulullah SAW keluar sehinggalah baginda tiba di Khom

TEKS BAHASA ARAB

خرج رسول الله؛ حتى نزل (خم)؛ فتحنى الناس عنه، ونزل معه علي بن أبي طالب، فشق على النبي تأخر الناس عنه، فأمر عليا فجمعهم. فلما اجتمعوا قام فيهم، وهو متوسد على علي بن أبي طالب، فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: ((أيها الناس! إني قد گرهت تخلفكم وتنحیکم عنی؛ حتى خيل إلي أنه ليس شجرة أبغض إلي من شجرة تليني؛ لكن علي بن أبي طالب أنزله الله مني بمنزلتي منه؛ -رضي الله عنه – كما أنا عنه راض؛ فإنه لا يختار على قربي ومحبتي شيئا)). ثم قال: ((من کنت مولاه فعلي مولاه، اللهم! وال من والاه، وعاد من عاداه)) وابتدر الناس إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، يبكون ويتضرعون إليه، ويقولون: يا رسول اللهم إنما تنحينا؛ كراهية أن نثقل عليك، فنعوذ بالله من سخط الله وسخط رسوله! فرضي عنهم رسول الله صلى الله عليه وسلم عند ذلك، فقال أبو بكر: یا رسول الله! استغفر لنا جميعا. فقال لهم: ((أبشروا، فوالذي نفسي بيده؛ ليدخلن الجنة من أصحابي سبعون ألفا بغير حساب، ومع كل ألف سبعون ألفا، ومن بعدهم مثلهم أضعافا)). قال أبو بكر: یا رسول الله! زدنا -وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم في موضع رمل-. فحفن بيديه من ذلك الرمل ملء كفيه، ثم قال: ((هكذا)). قال أبو بكر: زدنا يا رسول الله! ففعل مثل ذلك ثلاث مرات. فقال أبو بكر: زدنا يا رسول الله! فقال عمر: ومن يدخل النار بعد الذي سمعنا من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبعد ثلاث حفنات من الرمل من الله؟! فضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم! فقال: ((والذي نفسي بيده! ما يفي بهذا أمتي حتى يوفي عدتهم من الأعراب)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW keluar sehinggalah baginda tiba di Khom. Orang ramai mula berjauhan dari Nabi SAW. ‘Ali bin Abi Talib turut tiba bersama baginda. Perbuatan orang ramai menjauhkan diri darinya membuatkan baginda merasa tidak senang. Lalu baginda menyuruh ‘Ali, maka ‘Ali menghimpunkan mereka semula. Tatkala mereka telah berhimpun, baginda pun berdiri berdekatan mereka dan baginda sedikit rapat ke arah ‘Ali bin Abi Talib. Lalu baginda memuji-muji Allah kemudian bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku tidak suka kalian berjauhan dariku. Sehinggakan dibayangkan kepadaku bahawa tidak ada pokok yang paling dibenci kepadaku melebihi pokok di sebelahku. Tetapi Allah telah meletakkan kedudukan ‘Ali bin Abi Talib padaku setara dengan kedudukan aku padanya. Allah telah meredainya sebagaimana aku juga turut meredainya. Dia tidak memilih sesuatu yang lain melebihi persaudaraan dan kecintaan terhadapku." Kemudian baginda bersabda: "Siapa yang aku ialah pemimpinnya, maka ‘Ali ialah pemimpinnya. Ya Allah! Lindungilah mereka yang mengangkat ‘Ali, dan musuhilah mereka yang memusuhinya." Orang ramai mula menghampiri Rasulullah SAW, menangis dan tunduk kepadanya lalu berkata: "Wahai Rasulullah, kami berundur kerana bimbang akan menyusahkanmu. Kami berlindung dari kemurkaan Allah dan rasul-Nya!" Rasulullah SAW reda dengan mereka. Abu Bakar pula berkata: "Wahai Rasulullah! Mohonlah keampunan untuk kami semua." Maka baginda bersabda kepada mereka: "Bergembiralah, demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! 70 ribu orang sahabatku akan masuk syurga tanpa hisab, dan bagi setiap seribu itu ada 70 ribu, dan selepas mereka itu sama juga." Abu Bakar berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Tambahkanlah untuk kami lagi!" Rasulullah SAW berada di permukaan pepasir ketika itu. Baginda mencedok pepasir sehingga memenuhi kedua telapak tangannya. Kemudian baginda bersabda: "Beginilah". Abu Bakar berkata lagi: "Tambahkanlah untuk kami lagi wahai Rasulullah!" Rasulullah melakukan seperti itu sebanyak tiga kali. Abu Bakar berkata lagi: "Tambahkanlah untuk kami lagi wahai Rasulullah!" ‘Umar pula bertanya: "Siapa lagi yang akan masuk neraka selepas kita mendengar sabda Rasulullah SAW ini, selepas tiga cedokan pepasir dari Allah?" Rasulullah lalu ketawa. Baginda pun bersabda: "Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Ini tidak akan cukup dengan umatku sehinggalah mencukupi bilangan mereka dari kalangan Arab badwi."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1866, hadis nombor 9412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما -، قال: خرج رسول الله؛ حتى نزل (خم)؛ فتحنى الناس عنه، ونزل معه علي بن أبي طالب، فشق على النبي تأخر الناس عنه، فأمر عليا فجمعهم. فلما اجتمعوا قام فيهم، وهو متوسد على علي بن أبي طالب، فحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: ((أيها الناس! إني قد گرهت تخلفكم وتنحیکم عنی؛ حتى خيل إلي أنه ليس شجرة أبغض إلي من شجرة تليني؛ لكن علي بن أبي طالب أنزله الله مني بمنزلتي منه؛ -رضي الله عنه – كما أنا عنه راض؛ فإنه لا يختار على قربي ومحبتي شيئا)). ثم قال: ((من کنت مولاه فعلي مولاه، اللهم! وال من والاه، وعاد من عاداه)) وابتدر الناس إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، يبكون ويتضرعون إليه، ويقولون: يا رسول اللهم إنما تنحينا؛ كراهية أن نثقل عليك، فنعوذ بالله من سخط الله وسخط رسوله! فرضي عنهم رسول الله صلى الله عليه وسلم عند ذلك، فقال أبو بكر: یا رسول الله! استغفر لنا جميعا. فقال لهم: ((أبشروا، فوالذي نفسي بيده؛ ليدخلن الجنة من أصحابي سبعون ألفا بغير حساب، ومع كل ألف سبعون ألفا، ومن بعدهم مثلهم أضعافا)). قال أبو بكر: یا رسول الله! زدنا -وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم في موضع رمل-. فحفن بيديه من ذلك الرمل ملء كفيه، ثم قال: ((هكذا)). قال أبو بكر: زدنا يا رسول الله! ففعل مثل ذلك ثلاث مرات. فقال أبو بكر: زدنا يا رسول الله! فقال عمر: ومن يدخل النار بعد الذي سمعنا من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبعد ثلاث حفنات من الرمل من الله؟! فضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم! فقال: ((والذي نفسي بيده! ما يفي بهذا أمتي حتى يوفي عدتهم من الأعراب)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4959)]

(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW keluar sehinggalah baginda tiba di Khom. Orang ramai mula berjauhan dari Nabi SAW. ‘Ali bin Abi Talib turut tiba bersama baginda. Perbuatan orang ramai menjauhkan diri darinya membuatkan baginda merasa tidak senang. Lalu baginda menyuruh ‘Ali, maka ‘Ali menghimpunkan mereka semula. Tatkala mereka telah berhimpun, baginda pun berdiri berdekatan mereka dan baginda sedikit rapat ke arah ‘Ali bin Abi Talib. Lalu baginda memuji-muji Allah kemudian bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku tidak suka kalian berjauhan dariku. Sehinggakan dibayangkan kepadaku bahawa tidak ada pokok yang paling dibenci kepadaku melebihi pokok di sebelahku. Tetapi Allah telah meletakkan kedudukan ‘Ali bin Abi Talib padaku setara dengan kedudukan aku padanya. Allah telah meredainya sebagaimana aku juga turut meredainya. Dia tidak memilih sesuatu yang lain melebihi persaudaraan dan kecintaan terhadapku." Kemudian baginda bersabda: "Siapa yang aku ialah pemimpinnya, maka ‘Ali ialah pemimpinnya. Ya Allah! Lindungilah mereka yang mengangkat ‘Ali, dan musuhilah mereka yang memusuhinya." Orang ramai mula menghampiri Rasulullah SAW, menangis dan tunduk kepadanya lalu berkata: "Wahai Rasulullah, kami berundur kerana bimbang akan menyusahkanmu. Kami berlindung dari kemurkaan Allah dan rasul-Nya!" Rasulullah SAW reda dengan mereka. Abu Bakar pula berkata: "Wahai Rasulullah! Mohonlah keampunan untuk kami semua." Maka baginda bersabda kepada mereka: "Bergembiralah, demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! 70 ribu orang sahabatku akan masuk syurga tanpa hisab, dan bagi setiap seribu itu ada 70 ribu, dan selepas mereka itu sama juga." Abu Bakar berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Tambahkanlah untuk kami lagi!" Rasulullah SAW berada di permukaan pepasir ketika itu. Baginda mencedok pepasir sehingga memenuhi kedua telapak tangannya. Kemudian baginda bersabda: "Beginilah". Abu Bakar berkata lagi: "Tambahkanlah untuk kami lagi wahai Rasulullah!" Rasulullah melakukan seperti itu sebanyak tiga kali. Abu Bakar berkata lagi: "Tambahkanlah untuk kami lagi wahai Rasulullah!" ‘Umar pula bertanya: "Siapa lagi yang akan masuk neraka selepas kita mendengar sabda Rasulullah SAW ini, selepas tiga cedokan pepasir dari Allah?" Rasulullah lalu ketawa. Baginda pun bersabda: "Demi Tuhan yang jiwaku yang berada di tangan-Nya! Ini tidak akan cukup dengan umatku sehinggalah mencukupi bilangan mereka dari kalangan Arab badwi." [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4959]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs