Rasulullah SAW keluar pada tahun hadapan setelah tahun al-Hudaibiyyah untuk melakukan umrah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اكشفوا عن المناكب، واسعوا في الطواف. ليرى المشركون جلدهم وقوتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selaklah bahu kamu dan berlari-lari anaklah dalam bertawaf, supaya Kaum Musyrikin dapat melihat kekuatan dan kegagahan mereka.

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 760, hadis nombor 3889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن ابن شهاب، قال: ثم خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم من العام القابل من عام الحديبية معتمرا في ذي القعدة سنة سبع، وهو الشهر الذي صده فيه المشركون عن المسجد الحرام، حتى إذا بلغ (يأجج)؛ وضع الأداة كلها: الحجف والمجان والرماح والنبل، ودخلوا بسلاح الراكب: السيوف… فلما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ أمر أصحابه فقال: ((اكشفوا عن المناكب، واسعوا في الطواف، ليرى المشركون جلدهم وقوتهم)). قال: وكان يكابدهم بكل ما استطاع؛ فانكفأ أهل مكة الرجال والنساء والصبيان ينظرون إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه وهم يطوفون بالبيت، وعبد الله بن رواحة يرتجز بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم – متوشحا بالسيف – يقول:
خلوا بني الكفار عن سبيله *** أنا الشهيد أنه رسوله
قد أنزل الرحمن في تنزيله *** في صحف تتلى: رسوله
فاليوم نضربكم على تأويله *** كما ضربناكم على تنزيله
ضربا يزيل الهام عن مقيله *** ويذهل الخليل عن خليله
قال: وتغيب رجال من أشراف المشركين أن ينظروا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم غيظا وحنقا ونفاسة وحسدا، خرجوا إلى الخندمة، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم بمكة وأقام ثلاث ليال، وكان ذلك آخر القضية يوم الحديبية. [طب، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (7043)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Ibn Syihab berkata: Kemudian Rasulullah SAW keluar pada tahun hadapan setelah tahun al-Hudaibiyyah untuk melakukan umrah pada bulan Zulkaedah tahun ketujuh. Ia (tahun al-Hudaibiyyah) adalah bulan di mana kaum musyrikin menghalang baginda daripada memasuki Masjid al-Haram. Sehingga apabila sampai ke Yakjaj, dia meletakkan semua peralatannya: Perisai dari kulit, perisai, panah, dan mereka masuk dengan senjata orang yang menaiki kenderaan: Pedang.. Ketika Rasulullah SAW datang, baginda menyuruh sahabat-sahabatnya dan berkata: "Selaklah bahu kamu dan berlari-lari anaklah dalam bertawaf, supaya Kaum Musyrikin dapat melihat kekuatan dan kegagahan mereka". Dia berkata: Mereka melakukan dengan semampu mereka, maka penduduk Mekah daripada kalangan lelaki, perempuan, kanak-kanak melihat kepada Rasulullah SAW dan sahabatnya ketika mereka bertawaf di Kaabah, dan Abdullah bin Rawahah bersyair di sisi Rasulullah SAW dengan menghunuskan pedang sambil berkata:
Biarkanlah wahai orang kafir haluan baginda, sesungguhnya aku bersaksi bahawa baginda adalah rasulNya
Al-Rahman telah menurunkan di dalam al-Quran, di dalam mushaf itu dibaca: RasulNya
Hari ini kami akan memukul kamu untuk membenarkan baginda masuk (iaitu mereka akan memerangi jika Quraisy mungkiri janji membenarkan baginda masuk ke Mekah), seperti mana kami pernah memukul kamu dengan takwilannya,
Ia adalah pukulan yang menghilangkan kepala daripada tengkuknya, dan melupakan sahabat tentang sahabatnya
Dia berkata: Lalu beberapa orang daripada kalangan pembesar Musyrikin melihat Rasulullah SAW dalam keadaan marah, murka dan hasad dengki. Mereka keluar ke al-Khandamah. Lalu Rasulullah SAW tinggal di Mekah selama 3 hari. Itulah episod terakhir semasa peristiwa hari Hudaibiyyah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7043]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.