Daif Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اكْشِفُوا عَنِ الْمَنَاكِبِ، وَاسْعَوْا فِي الطَّوَافِ. لِيَرَى الْمُشْرِكونَ جَلْدَهُمْ وَقُوَّتَهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Selaklah bahu kamu dan berlari-lari anaklah dalam bertawaf, supaya Kaum Musyrikin dapat melihat kekuatan dan kegagahan mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 760, hadis no. 3889. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah Dengan Lafaz Ini) Daripada Ibn Syihab berkata: Kemudian Rasulullah SAW keluar pada tahun hadapan setelah tahun al-Hudaibiyyah untuk melakukan umrah pada bulan Zulkaedah tahun ketujuh. Ia (tahun al-Hudaibiyyah) adalah bulan di mana kaum musyrikin menghalang baginda daripada memasuki Masjid al-Haram. Sehingga apabila sampai ke Yakjaj, dia meletakkan semua peralatannya: Perisai dari kulit, perisai, panah, dan mereka masuk dengan senjata orang yang menaiki kenderaan: Pedang.. Ketika Rasulullah SAW datang, baginda menyuruh sahabat-sahabatnya dan berkata: "Selaklah bahu kamu dan berlari-lari anaklah dalam bertawaf, supaya Kaum Musyrikin dapat melihat kekuatan dan kegagahan mereka". Dia berkata: Mereka melakukan dengan semampu mereka, maka penduduk Mekah daripada kalangan lelaki, perempuan, kanak-kanak melihat kepada Rasulullah SAW dan sahabatnya ketika mereka bertawaf di Kaabah, dan Abdullah bin Rawahah bersyair di sisi Rasulullah SAW dengan menghunuskan pedang sambil berkata: Biarkanlah wahai orang kafir haluan baginda, sesungguhnya aku bersaksi bahawa baginda adalah rasulNya Al-Rahman telah menurunkan di dalam al-Quran, di dalam mushaf itu dibaca: RasulNya Hari ini kami akan memukul kamu untuk membenarkan baginda masuk (iaitu mereka akan memerangi jika Quraisy mungkiri janji membenarkan baginda masuk ke Mekah), seperti mana kami pernah memukul kamu dengan takwilannya, Ia adalah pukulan yang menghilangkan kepala daripada tengkuknya, dan melupakan sahabat tentang sahabatnya Dia berkata: Lalu beberapa orang daripada kalangan pembesar Musyrikin melihat Rasulullah SAW dalam keadaan marah, murka dan hasad dengki. Mereka keluar ke al-Khandamah. Lalu Rasulullah SAW tinggal di Mekah selama 3 hari. Itulah episod terakhir semasa peristiwa hari Hudaibiyyah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7043]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman