Munkar dan Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خرجَ رسولُ اللَّهِ ﷺ على أصحابِهِ أجمع ما كانوا، فقال: إني رأيتُ الليلةَ منازلَكم في الجنةِ ، وقُرْبَ منازلِكم ، ثم أقبلَ على أبي بكرٍ ، فقال : يا أبا بكرٍ إني لأعرفُ رجلًا ، أعرفُ اسمَهُ واسمَ أبيهِ ، واسمَ أمِّهِ لا يأتي بابًا من أبوابِ الجنةِ إلا قالوا : مرحبًا مرحبًا ، فقال سلمانُ : إنَّ هذا لمرتفعٌ شأنُهُ يا رسولَ اللهِ ، قال : فهو أبو بكرِ بنُ أبي قُحافةَ ، ثم أقبلَ على عمرَ ، فقال : يا عمرُ لقد رأيتُ في الجنةِ قصرًا من دُرَّةٍ بيضاءَ شُرُفُه من لؤلؤٍ أبيضٍ ، مُشَيَّدٍ بالياقوتِ ، فقلتُ : لمن هذا ؟ فقيل : لفتًى من قُريشٍ ، فظننتُ أنهُ لي ، فذهبتُ لأدخلَه ، فقال : يا محمدُ هذا لعمرَ بنِ الخطابِ ، فما منعني من دخولِهِ إلا غيرتُكَ يا أبا حفصٍ ، فبَكَى عمرُ ، وقال : بأبي وأمي أعليكَ أغارُ يا رسولَ اللهِ ؟ ثم أقبلَ على عثمانَ فقال : يا عثمانُ إنَّ لكلِّ نبيٍّ رفيقًا في الجنةِ ، وأنتَ رفيقي في الجنةِ ، ثم أخذَ بيدِ عليٍّ فقال : يا عليُّ أَوَ ما تَرْضَى أن يكونَ منزلُكَ في الجنةِ مقابلَ منزلي ؟ ثم أقبلَ على طلحةَ والزبيرَ ، فقال : يا طلحةُ ويا زبيرُ إنَّ لكلِّ نبيٍّ حواريًّ ، وأنتما حواريِّ ، ثم أقبلَ على عبدِ الرحمنِ بنِ عوفٍ فقال : لقد بُطِّئَ بكَ عنِّي من بينِ أصحابي حتى حسبتُ أن تكونَ هلكتَ ، وعرقتُ عرقًا شديدًا ، فقلتُ : ما بَطَّأَ بكَ ؟ فقلتُ : يا رسولَ اللهِ من كثرةِ مالي ، ما زلتُ موقوفًا محاسبًا ، أُسألُ عن مالي من أينَ اكتسبتُ ؟ وفيما أنفقتهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW keluar menemui sahabat-sahabatnya seramai yang mungkin lalu berkata: “Aku melihat pada malam tadi tempat-tempat kamu di syurga dan tempat-tempat itu sudah mendekati kamu. Kemudian dia mendekati Abu Bakr dan berkata: Wahai Abu Bakr! Aku mengenali seorang lelaki, aku tahu akan namanya dan nama ayahnya serta ibunya, tidak mendatangi pintu dari pintu-pintu syurga kecuali mereka berkata: Selamat datang, selamat datang. Lalu (Salman) berkata: Sesungguhnya ini adalah orang yang tinggi darjatnya wahai Rasulullah! Dia berkata: Dia adalah Abu Bakr bin Abi Quhafah. Kemudian dia berjumpa Umar dan berkata: Wahai Umar! Aku telah melihat dalam syurga sebuah istana dari mutiara putih, bahagian atasnya dari mutiara putih dan dihiasi dengan Yaqut. Aku berkata: Untuk siapakah ini? Dikatakan: Untuk pemuda dari Quraisy. Lalu aku menyangka ia adalah untukku, lalu aku pergi untuk memasukinya. Lalu dia berkata: Wahai Muhammad! Ini adalah untuk Umar bin al-Khattab. Tiada yang menghalangku dari memasukinya kecuali kerana cemburumu wahai Abu Hafs! Lalu Umar menangis dan berkata: Demi ayah dan ibuku! Adakah aku merasa cemburu kepadamu wahai Rasulullah! Kemudian baginda datang kepada Uthman dan berkata: “Wahai Uthman! Sesungguhnya bagi setiap nabi itu peneman di syurga dan engkau adalah penemanku di syurga. Kemudia baginda mengambil tangan Ali dan berkata: “Wahai Ali, mahukah engkau mempunyai rumah di syurga yang berhadapan dengan rumahku? Kemudian baginda pergi kepada Talhah dan al-Zubair dan berkata: Wahai Talhah! Wahai al-Zubair! Sesungguhnya bagi setiap nabi itu ada penolong dan engkau berdua adalah penolongku. Kemudian baginda datang kepada Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Engkau telah lambat dariku berbanding sahabat-sahabatku yang lain sehingga aku menyangka engkau telah binasa. Lalu beliau berpeluh dengan begitu banyak. Lalu aku berkata: Apa yang membuatkan engkau lambat? Dia berkata: Wahai Rasulullah! Ia adalah kerana banyaknya hartaku, aku masih berdiri dan dihisab, ditanya tentang hartaku dari mana aku mendapatkannya? Ke mana telah aku infakkan?.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abi Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dan Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 638, hadis no. 3306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dan Palsu) Daripada Abdullah bin Abi Aufa berkata: Rasulullah SAW keluar menemui sahabat-sahabatnya seramai yang mungkin lalu berkata: “Aku melihat pada malam tadi tempat-tempat kamu di syurga dan tempat-tempat itu sudah mendekati kamu. Kemudian dia mendekati Abu Bakr dan berkata: Wahai Abu Bakr! Aku mengenali seorang lelaki, aku tahu akan namanya dan nama ayahnya serta ibunya, tidak mendatangi pintu dari pintu-pintu syurga kecuali mereka berkata: Selamat datang, selamat datang. Lalu (Salman) berkata: Sesungguhnya ini adalah orang yang tinggi darjatnya wahai Rasulullah! Dia berkata: Dia adalah Abu Bakr bin Abi Quhafah. Kemudian dia berjumpa Umar dan berkata: Wahai Umar! Aku telah melihat dalam syurga sebuah istana dari mutiara putih, bahagian atasnya dari mutiara putih dan dihiasi dengan Yaqut. Aku berkata: Untuk siapakah ini? Dikatakan: Untuk pemuda dari Quraisy. Lalu aku menyangka ia adalah untukku, lalu aku pergi untuk memasukinya. Lalu dia berkata: Wahai Muhammad! Ini adalah untuk Umar bin al-Khattab. Tiada yang menghalangku dari memasukinya kecuali kerana cemburumu wahai Abu Hafs! Lalu Umar menangis dan berkata: Demi ayah dan ibuku! Adakah aku merasa cemburu kepadamu wahai Rasulullah! Kemudian baginda datang kepada Uthman dan berkata: “Wahai Uthman! Sesungguhnya bagi setiap nabi itu peneman di syurga dan engkau adalah penemanku di syurga. Kemudia baginda mengambil tangan Ali dan berkata: “Wahai Ali, mahukah engkau mempunyai rumah di syurga yang berhadapan dengan rumahku? Kemudian baginda pergi kepada Talhah dan al-Zubair dan berkata: Wahai Talhah! Wahai al-Zubair! Sesungguhnya bagi setiap nabi itu ada penolong dan engkau berdua adalah penolongku. Kemudian baginda datang kepada Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Engkau telah lambat dariku berbanding sahabat-sahabatku yang lain sehingga aku menyangka engkau telah binasa. Lalu beliau berpeluh dengan begitu banyak. Lalu aku berkata: Apa yang membuatkan engkau lambat? Dia berkata: Wahai Rasulullah! Ia adalah kerana banyaknya hartaku, aku masih berdiri dan dihisab, ditanya tentang hartaku dari mana aku mendapatkannya? Ke mana telah aku infakkan?” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6592]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman