Rasulullah SAW kebiasaannya memakai baju di atas kedua buku lalinya, dan panjang lengan bajunya ialah sehingga hujung jari jemarinya

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يلبس قميصا فوق الكعبين، مستوى الكمين بأطراف أصابعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW kebiasaannya memakai baju (yang labuhnya) sehingga atas kedua buku lalinya, dan panjang lengan bajunya ialah sehingga hujung jari jemarinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis nombor 8166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يلبس قميصا فوق الكعبين، مستوى الكمين بأطراف أصابعه)). [((الضعيفة)) (2457)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kebiasaannya memakai baju (yang labuhnya) sehingga atas kedua buku lalinya, dan panjang lengan bajunya ialah sehingga hujung jari jemarinya.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2457].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs