Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - يلبسُ قميصًا فوقَ الكعبَينِ، مُستويَ الكُمَّينِ بأطرافِ أصابعِه.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW kebiasaannya memakai baju (yang labuhnya) sehingga atas kedua buku lalinya, dan panjang lengan bajunya ialah sehingga hujung jari jemarinya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1618, hadis no. 8166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: ((كان - صلى الله عليه وسلم - يلبس قميصا فوق الكعبين، مستوى الكمين بأطراف أصابعه)). [((الضعيفة)) (2457)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW kebiasaannya memakai baju (yang labuhnya) sehingga atas kedua buku lalinya, dan panjang lengan bajunya ialah sehingga hujung jari jemarinya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2457].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman