Rasulullah SAW jika bangun pada waktu malam dan bertahajud

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد، قال – قبل أن يكبر-: ((لا إله إلا الله، لا إله إلا الله، والله أكبر كبيرا، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، من همزه ونفثه ونفخه)). ثم يقول: ((الله أكبر)). ورفع عمران يديه؛ يحكي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah SAW jika bangun pada waktu malam dan bertahajud, baginda akan mengucapkan kata-kata sebelum bertakbir: “Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada tipu dayanya, ludahannya dan tiupannya”. Kemudian baginda bertakbir: “Allah Maha Besar”, dan Imran mengangkat tangannya ketika bercerita.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1574, hadis nombor 7968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن عمران بن مسلم أبي بكر عن الحسن: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد، قال – قبل أن يكبر-: ((لا إله إلا الله، لا إله إلا الله، والله أكبر كبيرا، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، من همزه ونفثه ونفخه)). ثم يقول: ((الله أكبر)). ورفع عمران يديه؛ يحكي)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (6519))].

(Munkar dengan konteks ini)
Daripada ‘Imran bin Muslim Abu Bakr, daripada al-Hasan: Bahawa Rasulullah SAW jika bangun pada waktu malam dan bertahajud, baginda akan mengucapkan kata-kata sebelum bertakbir: “Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada tipu dayanya, ludahannya dan tiupannya”. Kemudian baginda bertakbir: “Allah Maha Besar”, dan Imran mengangkat tangannya ketika bercerita. [Riwayat Abu Dawud dalam Kitab al-Marasil, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6519].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs