Rasulullah SAW hadir dalam majlis sama’

TEKS BAHASA ARAB

حديث: حضر رسول الله صلى الله عليه وسلم سماعا، ورقص حتى شق قميصه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasulullah SAW hadir dalam majlis sama’ (nyanyian sufi) lalu menari sehingga terkoyak bajunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 74, hadis nombor 177. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذب، لعن الله واضعه. قال ابن قيم الجوزية.

Dusta, semoga Allah melaknat pereka hadith palsu ini, kata Ibn Qayyim al-Jawziyyah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.