Rasulullah SAW gemar berbuka puasa dengan kurma basah

TEKS BAHASA ARAB

كان يعجبه أن يفطر على الرطب ما دام الرطب وعلى التمر إذا لم يكن رطب ويختم بهن ويجعلهن وترا ثلاثا أوخمسا أوسبعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW gemar berbuka puasa dengan kurma basah jika masih basah, dan dengan kurma biasa jika tiada yang basah, serta menamatkan makan dengannya juga. Baginda menjadikannya dalam bilangan ganjil, sama ada tiga, lima atau tujuh.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis nombor 5347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال: كان يعجبه أن يفطر على الرطب ما دام الرطب وعلى التمر إذا لم يكن رطب ويختم بهن ويجعلهن وترا ثلاثا أوخمسا أوسبعا. [أبو بكر الشافعي في الفوائد، خط، الضعيفة (1749)]

[ٍSangat lemah] Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW gemar berbuka puasa dengan kurma basah jika masih basah, dan dengan kurma biasa jika tiada yang basah, serta menamatkan makan dengannya juga. Baginda menjadikannya dalam bilangan ganjil, sama ada tiga, lima atau tujuh. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘i dalam al-Fawa’id, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1749]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs