Rasulullah SAW duduk pada hari pembukaan Kota Mekah (al-Fath)

TEKS BAHASA ARAB

كان يوم الفتح قاعدا، وأبو بكر قائم على رأسه بالسيف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW duduk pada hari pembukaan Kota Mekah (al-Fath) dan Abu Bakar duduk di bahagian kepalanya dengan pedang.

STATUS

Lemah lagi munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1934, hadis nombor 9701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف منكر)
عن أبي هريرة: أن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان كان يومَ الفتحِ قاعداً، وأبو بكرٍ قائمٌ على رأسِه بالسيفِ.
[البزار، ((الضعيفة)) (6478)]

(Lemah lagi munkar)
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW duduk pada hari pembukaan Kota Mekah (al-Fath) dan Abu Bakar duduk di bahagian kepalanya dengan pedang.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6478]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.