Rasulullah SAW ditanya tentang ahli al-A’raf

TEKS BAHASA ARAB

سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن أصحاب الأعراف؟ فقال: هم رجال قتلوا في سبيل الله وهم عصاة لآبائهم، فمنعتهم الشهادة أن يدخلوا النار، ومنعتهم المعصية أن يدخلوا الجنة، وهم على سور بين الجنة والنار حتى تذبل لحومهم وشحونهم؛ حتى يفرغ الله من حساب الخلائق، فإذا فرغ الله من حساب خلقه، فلم يبق غيرهم؛ تغمدهم منه برحمته، فأدخلهم الجنة برحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW ditanya tentang ahli al-A’raf? Baginda menjawab: Mereka adalah yang lelaki yang terbunuh di jalan Allah (dalam peperangan) sedang mereka derhaka kepada orang tuanya, maka pahala mati syahid menghalang mereka masuk ke neraka, dan maksiat pula menghalang mereka masuk ke syurga. Mereka berada di atas tembok antara syurga dan neraka sehinggalah terhakis daging dan lemak mereka, (dan ianya berterusan) sehinggalah Allah SWT selesai menghisab seluruh makhluk-Nya. Apabila Allah SWT selesai menghisab seluruh makhluk-Nya, dan tidak ada yang berbaki melainkan mereka (ahli al-A’raf), maka (Allah) menaungi mereka dengan rahmat-Nya dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis nombor 2854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد – رضي الله عنه-، قال: ((سئل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عن أصحاب الأعراف؟ فقال: هم رجال قتلوا في سبيل الله وهم عصاة لآبائهم، فمنعتهم الشهادة أن يدخلوا النار، ومنعتهم المعصية أن يدخلوا الجنة، وهم على سور بين الجنة والنار حتى تذبل لحومهم وشحونهم؛ حتى يفرغ الله من حساب الخلائق، فإذا فرغ الله من حساب خلقه، فلم يبق غيرهم؛ تغمّدهم منه برحمته، فأدخلهم الجنة برحمته)). [طس، طص، ((الضعيفة)) (6031)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi Sa’id RA berkata: Rasulullah SAW ditanya tentang ahli al-A’raf? Baginda menjawab: Mereka adalah yang lelaki yang terbunuh di jalan Allah (dalam peperangan) sedang mereka derhaka kepada orang tuanya, maka pahala mati syahid menghalang mereka masuk ke neraka, dan maksiat pula menghalang mereka masuk ke syurga. Mereka berada di atas tembok antara syurga dan neraka sehinggalah terhakis daging dan lemak mereka, (dan ianya berterusan) sehinggalah Allah SWT selesai menghisab seluruh makhluk-Nya. Apabila Allah SWT selesai menghisab seluruh makhluk-Nya, dan tidak ada yang berbaki melainkan mereka (ahli al-A’raf), maka (Allah) menaungi mereka dengan rahmat-Nya dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6031]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs