Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سُئِلَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عَمَّنْ اِسْتَوَتْ حَسَنَاتُهُ وَسَيِّئَاتُهُ؟ فَقَالَ: ((أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ {لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ})).
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW ditanya mengenai orang yang sama timbangan pahala dan dosanya? Nabi SAW menjawab: Mereka itu adalah golongan al-A’raf. Baginda menyebut (ayat al-Qur'an): “Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.” [al-A’raf: 46]
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1553, hadis no. 7875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ جَابِر بْن عَبْد اللَّه -رضي الله عنهما-، قَالَ: سُئِلَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عَمَّنْ اِسْتَوَتْ حَسَنَاتُهُ وَسَيِّئَاتُهُ؟ فَقَالَ: ((أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ {لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ})) [ابن مردويه، ((الضعيفة)) (6030)]
(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW ditanya mengenai orang yang sama timbangan pahala dan dosanya? Nabi SAW menjawab: Mereka itu adalah golongan al-A’raf. Baginda menyebut (ayat al-Qur'an): “Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.” [al-A’raf: 46] [Riwayat Ibn Mardawayh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6030]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman