Rasulullah SAW ditanya mengenai golongan al-A’raf

TEKS BAHASA ARAB

سئل عن أصحاب الأعراف؟ فقال: هم رجال قتلوا في سبيل الله وهم عصاة لآبائهم، فمنعتهم الشهادة أن يدخلوا النار، ومنعتهم المعصية أن يدخلوا الجنة، وهم على سور بين الجنة والنار حتى تذبل لحومهم وشحومهم؛ حتى يفرغ الله من حساب الخلائق، فإذا فرغ الله من حساب خلقه، فلم يبق غيرهم؛ تغمدهم منه برحمته، فأدخلهم الجنة برحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW ditanya mengenai golongan al-A’raf? Lalu baginda bersabda: “Mereka adalah golongan yang dibunuh di jalan Allah dalam keadaan mereka derhaka kepada ibu bapa mereka. Lalu mati syahid menahan mereka dari memasuki neraka dan maksiat menahan mereka dari memasuki syurga. Mereka berada di atas jambatan di antara syurga dan neraka sehingga daging mereka mula terbakar sehingga Allah menyelesaikan mereka dari hisab para makhluk. Selepas Allah menyelesaikan hisab makhluknya sehingga tidak tinggal lagi selain mereka. Allah memayungi mereka dengan rahmatnya, lalu dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 688, hadis nombor 3537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد -رضي الله عنه- قال: ((سئل عن أصحاب الأعراف؟ فقال: هم رجال قتلوا في سبيل الله وهم عصاة لآبائهم، فمنعتهم الشهادة أن يدخلوا النار، ومنعتهم المعصية أن يدخلوا الجنة، وهم على سور بين الجنة والنار حتى تذبل لحومهم وشحومهم؛ حتى يفرغ الله من حساب الخلائق، فإذا فرغ الله من حساب خلقه، فلم يبق غيرهم؛ تغمدهم منه برحمته، فأدخلهم الجنة برحمته)). [طص، طس، ((الضعيفة)) (6031)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Said RA berkata: “Rasulullah SAW ditanya mengenai golongan al-A’raf? Lalu baginda bersabda: “Mereka adalah golongan yang dibunuh di jalan Allah dalam keadaan mereka derhaka kepada ibu bapa mereka. Lalu mati syahid menahan mereka dari memasuki neraka dan maksiat menahan mereka dari memasuki syurga. Mereka berada di atas jambatan di antara syurga dan neraka sehingga daging mereka mula terbakar sehingga Allah menyelesaikan mereka dari hisab para makhluk. Selepas Allah menyelesaikan hisab makhluknya sehingga tidak tinggal lagi selain mereka. Allah memayungi mereka dengan rahmatnya, lalu dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6031]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs