Rasulullah SAW ditanya berkaitan golongan al-A’raf

TEKS BAHASA ARAB

سئل عن أصحاب الأعراف؟ فقال: هم رجال قتلوا في سبيل الله وهم عصاة لآبائهم، فمنعتهم الشهادة أن يدخلوا النار، ومنعتهم المعصية أن يدخلوا الجنة، وهم على سور بين الجنة والنار حتى تذبل لحومهم وشحومهم؛ حتى يفرغ الله من حساب الخلائق، فإذا فرغ الله من حساب خلقه ، فلم يبق غيرهم؛ تغمدهم منه برحمته، فأدخلهم الجنة برحمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW ditanya berkaitan golongan al-A’raf? Baginda berkata: "Mereka adalah lelaki yang dibunuh di jalan Allah namun mereka menderhakai ibu bapa mereka. Maka syahid mereka telah menghalang mereka dari memasuki neraka dan maksiat mereka telah menghalang mereka memasuki syurga. Lalu mereka berada di pagar di antara syurga dan neraka sehingga menjadi luluh daging dan lemak mereka sehinggalah Allah selesai menghisab semua makhluk-Nya. Apabila Allah selesai menghisab semua makhluk-Nya dan tidak ada lagi selain daripada mereka, Allah memberikan rahmat-Nya kepada mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1554, hadis nombor 7876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد -رضي الله عنه- قال: سُئِل عْن أَصْحَابِ الْأَعْرَاف؟ فَقَال: ((هم رِجَالٌ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ الله، وهم عُصَاةٌ لآبائِهم، فَمَنَعَتْهُمُ الشِّهَادَةُ أَن يَدْخُلُوا النَّارَ، ومَنَعَتْهُمُ الْمَعْصِيَةُ أَن يَدْخُلُوا الْجَنَّةَ، وهم عَلَى سُورٍ بين الْجَنَّةِ والنَّارِ حَتَّى تَذْبُلَ لحومهم وشُحومُهم حَتَّى يَفْرُغَ اللهُ مِنْ حِسَابِ الْخَلَائِقِ، فَإِذَا فَرَغَ اللهُ مِنْ حِسَابِ خَلْقِه، فَلم يَبْقَ غيرُهم؛ تَغَمدَهُم منه بِرَحْمَتِه، فأَدْخَلَهُم الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِه)) [طص، طس، ((الضعيفة)) (6031)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Said RA beliau berkata: “Rasulullah SAW ditanya berkaitan golongan al-A’raf? Baginda berkata: Mereka adalah lelaki yang dibunuh di jalan Allah namun mereka menderhakai ibu bapa mereka. Maka syahid mereka telah menghalang mereka dari memasuki neraka dan maksiat mereka telah menghalang mereka memasuki syurga. Lalu mereka berada di pagar di antara syurga dan neraka sehingga menjadi luluh daging dan lemak mereka sehinggalah Allah selesai menghisab semua makhluk-Nya. Apabila Allah selesai menghisab semua makhluk-Nya dan tidak ada lagi selain daripada mereka, Allah memberikan rahmat-Nya kepada mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Saghir dan al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6031].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs