Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرَيْتُ دارَ هِجْرَتْكم سَبْخَةً بين ظهرانَيْ حَرَّةٍ، فإمَّا أن تكونَ هَجَرًا، أو تكون يثرب.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah diperlihatkan tempat hijrah kamu iaitu satu kawasan tanah bergaram yang berada di kawasan berbatu hitam, sama ada ia di Hajar, atau Yathrib (nama tempat).
Sahabat Perawi
- Suhaib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1323, hadis no. 6753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن صهيب رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أريت دار هجرتكم سبخة بين ظهراني حرة، فإما أن تكون هجرا، أو تكون يثرب. [ك، طب، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (2749)]
(Lemah) Daripada Suhaib RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku telah diperlihatkan tempat hijrah kamu iaitu satu kawasan tanah bergaram yang berada di kawasan berbatu hitam, sama ada ia di Hajar, atau Yathrib (nama tempat). [Riwayat al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam al-Dala'il. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2749]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman