Rasulullah SAW diperintahkan memperlahankan suara ketika membaca Bismillah dalam solat

TEKS BAHASA ARAB

كان يجهر بـ {بسم الله الرحمن الرحيم} بمكة، وكان أهل مكة يدعون (مسيلمة): الرحمان، فقالوا: إن محمدا يدعو إلى إله اليمامة، فأمر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فأخفاها، فما جهر بها حتى مات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW mengangkat suara (apabila membaca) ‘Bismillahirrahmanirrahim’ di Mekah, sedangkan penduduk Mekah memanggil Musailamah (nabi palsu) dengan gelaran al-Rahman. Maka mereka berkata: “Sesungguhnya Muhammad telah memanggil Tuhan Kota Yamamah.” Lalu, Rasulullah SAW diperintahkan Allah SWT untuk memperlahankan suara bacaan (Basmalah), dan Baginda SAW tidak mengangkat suaranya sehinggalah Baginda wafat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis nombor 2849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن سعيد بن جبير، قال: ((كان يجهر بـ {بسم الله الرحمن الرحيم} بمكة، وكان أهل مكة يدعون (مُسَيلمة): الرحمان، فقالوا: إن محمدا يدعو إلى إله اليمامة، فأمر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فأخفاها، فما جهر بها حتى مات)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة))(6430)]

(Munkar)
Daripada Sa’id bin Jubair RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW mengangkat suara (apabila membaca) ‘Bismillahirrahmanirrahim’ di Mekah, sedangkan penduduk Mekah memanggil Musailamah (nabi palsu) dengan gelaran al-Rahman. Maka mereka berkata: “Sesungguhnya Muhammad telah memanggil Tuhan Kota Yamamah.” Lalu, Rasulullah SAW diperintahkan Allah SWT untuk memperlahankan suara bacaan (Basmalah), dan Baginda SAW tidak mengangkat suaranya sehinggalah Baginda wafat.
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no.6430]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs