Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW diperintahkan memperlahankan suara ketika membaca Bismillah dalam solat

Teks Bahasa Arab

انَ يجهرُ بِ بسمِ اللَّهِ الرَّحمنِ الرَّحيم بمَكةَ وَكانَ أهلُ مَكةَ يدعونَ (مسيلمة) الرَّحمانَ فقالوا إنَّ محمَّدًا يدعو إلى إلَه اليمامةِ فأمرَ رسولُ اللَّهَ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فأخفاها فما جَهرَ بِها حتَّى ماتَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Rasulullah SAW mengangkat suara (apabila membaca) ‘Bismillahirrahmanirrahim’ di Mekah, sedangkan penduduk Mekah memanggil Musailamah (nabi palsu) dengan gelaran al-Rahman. Maka mereka berkata: “Sesungguhnya Muhammad telah memanggil Tuhan Kota Yamamah.” Lalu, Rasulullah SAW diperintahkan Allah SWT untuk memperlahankan suara bacaan (Basmalah), dan Baginda SAW tidak mengangkat suaranya sehinggalah Baginda wafat.

Sahabat Perawi

  1. Sa’id bin Jubair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 544, hadis no. 2849.

(منکر) عن سعيد بن جبير، قال: ((كان يجهر بـ {بسم الله الرحمن الرحيم} بمكة، وكان أهل مكة يدعون (مُسَيلمة): الرحمان، فقالوا: إن محمدا يدعو إلى إله اليمامة، فأمر رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فأخفاها، فما جهر بها حتى مات)). [أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة))(6430)]

(Munkar) Daripada Sa’id bin Jubair RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW mengangkat suara (apabila membaca) ‘Bismillahirrahmanirrahim’ di Mekah, sedangkan penduduk Mekah memanggil Musailamah (nabi palsu) dengan gelaran al-Rahman. Maka mereka berkata: “Sesungguhnya Muhammad telah memanggil Tuhan Kota Yamamah.” Lalu, Rasulullah SAW diperintahkan Allah SWT untuk memperlahankan suara bacaan (Basmalah), dan Baginda SAW tidak mengangkat suaranya sehinggalah Baginda wafat. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no.6430]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.