Rasulullah SAW diberikan wahyu dalam keadaan kepala Baginda berada di dalam bilik Ali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يوحى إليه ورأسه في حجر علي، فلم يصل العصر حتى غربت الشمس. فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: صليت؟ قال: لا. قال: اللهم إن كان في طاعتك وطاعة رسولك فاردد عليه الشمس. فقالت أسماء: فرأيتها غربت، ثم رأيتها طلعت بعد ما غربت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasulullah SAW diberikan wahyu dalam keadaan kepala Baginda berada di dalam bilik Ali. Baginda tidak menunaikan solat asar sehingga matahari terbenam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu telah menunaikan solat? Ali berkata: Belum. Nabi bersabda: Wahai Allah! Jika dia berada dalam ketaatan kepada-Mu dan ketaatan kepada rasul-Mu, maka kembalikan matahari kepadanya. Asma’ berkata: Aku melihat matahari terbenam, kemudian ia terbit semula selepas ia terbenam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 350-355, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن أسماء بنت عميس، وقال: إنه مضطرب منكر. وقال ابن الجوزي: موضوع، وفضيل بن مرزوق المذكور في إسناده. قال ابن حبان: يروى الموضوعات. رواه ابن شاهين، من غير طريقه، وفي إسناده: أحمد بن محمد بن عقدة، رافضي، رمى بالكذب، ورواه ابن مردويه، عن أبي هريرة مرفوعا ، وفي إسناده: داود بن فراهيج، وهو ضعيف. وفي اللآلىء: فضيل ثقة صدوق، احتج به مسلم في صحيحه، وأخرج له الأربعة . وابن عقدة: من كبار الحفاظ، وقد كذب الدارقطني من اتهمه بالوضع، وقواه قوم وضعفه آخرون . وداود بن فراهيج مختلف فيه، وقد وثقه قوم، وقد رواه الطحاوي.
في مشكل الحديث، من طريقين، وقال: هما ثابتان، ورواتهما ثقات وقد رواه الطبراني، وقد ذكر له صاحب اللآلىء طرقا، وألف في ذلك جزءا.

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Asma’ binti ‘Umais. Dia berkata: Ia adalah mudhtarib dan munkar.
Ibn al-Jauzi berkata: Ia palsu, Fudhail bin Marzuq yang disebutkan dalam sanad.
Ibn Hibban berkata: Dia meriwayatkan hadith-hadith yang palsu.
Diriwayatkan oleh Ibn Syahin daripada jalan yang lain. Pada sanadnya terdapat Ahmad bin Muhammad bin Uqdah seorang rafidhi (puak Syiah) yang dituduh berdusta. Diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Daud bin Farahij, dia adalah dhaif.
Dalam al-La’ali’: Fudhail thiqah dan saduq. Imam Muslim menjadikan dia sebagai hujah dalam kitab Sahihnya, dia diriwayatkan oleh empat imam.
Ibn Uqdah adalah antara ulama huffaz yang besar, al-Daraqutni membantah orang yang menuduhnya memalsukan hadith. Sebahagian menilainya kuat dan sebahagian yang lain menilai dhaif.
Daud bin Farahij diperselisihkan padanya, dinilai thiqah oleh sebahagian ulama. Ia diriwayatkan al-Tahawi dalam Musykil al-Hadith dari dua jalan. Dia berkata: Kedua-duanya adalah thabit, dan perawi dua jalan itu adalah thiqah. Diriwayatkan oleh al-Tabarani. Disebutkan baginya beberapa jalan oleh pengarang al-La’ali, dia juga menulis satu bahagian khusus tentangnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.