Rasulullah SAW datang kepadaku, lalu aku keluar menemui Baginda

TEKS BAHASA ARAB

جاءني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فخرجت إليه، فوجدته موعوكا قد عصب رأسه، فأخذ بيدي، وأخذت بيده، فأقبل حتى جلس على المنبر، ثم قال: ناد في الناس. فصحت في الناس، فاجتمعوا إليه، فقال: أما بعد: أيها الناس! فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو، وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم، فمن كنت جلدت له ظهرا، فهذا ظهري؛ فليستقد منه، ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي؛ فليستقد منه، ومن كنت أخذت له مالا، فهذا مالي؛ فليأخذ منه، ولا يقولن رجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله ﷺ، ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني، ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له، أو حللني؛ فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا. ثم نزل فصلى الظهر، ثم رجع فجلس على المنبر، فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إن لي عندك ثلاثة دراهم! قال: أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين، فيم كان لك عندي؟ قال: تذكر يوم مر بك المسكين، فأمرتني، فأعطيته ثلاثة دراهم؟ فقال: أعطه يا فضل! فأمر به فجلس. ثم قال: من كان عنده شيء؛ فليؤده، ولا يقول رجل: فضوح الدنيا! ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله، قال: فلم غللتها؟ قال: كنت محتاجا. قال: خذها منه يا فضل! ثم قال: من خشي من نفسه شيئا، فليقم أدع له. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إني لكذاب، وإني لفاحش، وإني لنؤوم. فقال: اللهم! ارزقه صدقا، وأذهب عنه من النوم إذا أراد. ثم قام آخر فقال: إني لكذاب، وإني لمنافق، وما من شيء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي ﷺ: يا عمر! فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة، اللهم! ارزقه صدقا، وإيمانا تصير أمره إلى خير. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله ﷺ وقال: عمر معي، وأنا مع عمر، والحق بعدي مع عمر حيث كان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW datang kepadaku, lalu aku keluar menemui Baginda. Aku mendapati Baginda sedang sakit, kepalanya berbalut. Baginda memegang tanganku dan aku memegang tangannya, lalu Baginda menuju ke arah mimbar dan duduk. Kemudian Baginda mengarahkan: “Panggillah sekalian manusia.” Aku pun berteriak memanggil manusia lalu mereka datang berkumpul bersama-sama Baginda. Lalu Baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku memuji Allah yang mana tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Dan sesungguhnya kematian telah mendekatiku. Maka sesiapa yang aku pernah menyebat belakangnya, ini belakangku; maka balaslah ia. Dan sesiapa yang aku pernah hina kehormatannya, ini kehormatanku; maka balaslah ia. Dan sesiapa yang aku pernah ambil hartanya, ini hartaku; maka ambillah ia. Dan jangan seorang pun berkata: Aku takutkan Rasulullah SAW berdendam, kerana sesungguhnya dendam itu bukanlah daripada kebiasaan dan sifatku. Dan sesungguhnya orang yang paling aku cintai ialah orang yang mengambil haknya jika hak itu benar-benar miliknya. Jadi tuntutlah daripadaku atau halalkannya untukku agar aku bertemu Allah Azza wa jalla dalam keadaan diriku baik. Aku merasakan aku tidak akan dituntut hak daripadaku sehingga aku menyatakan hal ini kepada kalian berkali-kali.” Kemudian Baginda turun dan solat Zohor. Kemudian Baginda kembali duduk di atas mimbar, dan mengulangi kata-kata Baginda tentang dendam dan lain-lain tadi. Lalu seorang lelaki bangkit dan berkata: “Wahai Nabi Allah! Duitku sebanyak tiga dirham ada padamu!” Baginda menjawab: “Sesungguhnya kami tidak mendustakan sesiapa yang berkata-kata mahupun menuntut sumpah daripadanya. Bilakah aku ambil duitmu itu?” Lelaki itu menjawab: “Ingatkah pada satu ketika seorang miskin datang kepadamu, lalu kamu menyuruh aku, dan aku berikan kepadanya tiga dirham?” Lalu Baginda mengarahkan: “Berikan kepadanya wahai Fadhl!” Lalu baginda memberinya lalu duduk. Kemudian Baginda bersabda: “Sesiapa yang pada dirinya ada sesuatu, maka selesaikan ia. Dan jangan seorang pun berkata: Ini mendedahkan aib di dunia! Kerana sesungguhnya pendedahan aib di dunia lebih mudah daripada pendedahan aib di akhirat.” Lalu seorang lelaki bangkit dan berkata: “Aku mempunyai tiga dirham yang aku ambil di jalan Allah.” Baginda bertanya: “Kenapa kamu mengambilnya?” Dia menjawab: “Dulu aku memerlukannya.” Baginda mengarahkan: Ambillah daripadanya wahai Fadhl!” Kemudian Baginda bersabda: “Sesiapa yang takutkan sesuatu tentang dirinya, bangunlah; aku doakan untuknya.” Lalu seorang lelaki bangkit dan berkata: “Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya aku seorang pendusta, selalu melakukan maksiat dan banyak tidur.” Lalu Baginda berdoa: “Wahai Allah! Kurniakan kejujuran kepadanya, dan hilangkan keinginan untuk tidur daripadanya, jika dia mahu.” Kemudian seorang lelaki lain bangun dan berkata: “Sesungguhnya aku seorang pendusta dan munafik, dan tidak ada satu keburukan pun melainkan aku telah lakukannya.” Lalu ‘Umar bangkit dan berkata: “Kamu telah dedahkan aib kamu.” Nabi SAW lalu bersabda: “Wahai ‘Umar! Pendedahan aib di dunia lebih ringan daripada pendedahan aib dia akhirat. Wahai Allah! Kurniakan kepadanya kejujuran dan keimanan yang membawanya kepada kebaikan.” Kemudian ‘Umar berkata sesuatu, lalu Rasulullah SAW ketawa dan bersabda: “’Umar bersamaku, dan aku bersama ‘Umar. Dan kebenaran setelahku berada bersama ‘Umar dalam apa jua keadaannya.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2055, hadis nombor 10336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن الفضل بن عباس -رضي الله عنهما-، قال: جاءني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فخرجت إليه، فوجدته موعوكا قد عصب رأسه، فأخذ بيدي، وأخذت بيده، فأقبل حتى جلس على المنبر، ثم قال: ناد في الناس. فصحت في الناس، فاجتمعوا إليه، فقال: أما بعد: أيها الناس! فإني أحمد إليكم الله الذي لا إله إلا هو، وإنه دنا مني خلوف بين أظهركم، فمن كنت جلدت له ظهرا، فهذا ظهري؛ فليستقد منه، ومن كنت شتمت له عرضا، فهذا عرضي؛ فليستقد منه، ومن كنت أخذت له مالا، فهذا مالي؛ فليأخذ منه، ولا يقولن رجل: إني أخشى الشحناء من رسول الله ﷺ، ألا وإن الشحناء ليس من طبيعتي ولا شأني، ألا وإن أحبكم إلي من أخذ حقا إن كان له، أو حللني؛ فلقيت الله عز وجل وأنا طيب النفس. وإني أرى أن هذا غير مغن عني حتى أقوم فيكم مرارا. ثم نزل فصلى الظهر، ثم رجع فجلس على المنبر، فعاد لمقالته الأولى في الشحناء وغيرها. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إن لي عندك ثلاثة دراهم! قال: أما إنا لا نكذب قائلا ولا نستحلفه على يمين، فيم كان لك عندي؟ قال: تذكر يوم مر بك المسكين، فأمرتني، فأعطيته ثلاثة دراهم؟ فقال: أعطه يا فضل! فأمر به فجلس. ثم قال: من كان عنده شيء؛ فليؤده، ولا يقول رجل: فضوح الدنيا! ألا وإن فضوح الدنيا أيسر من فضوح الآخرة. فقام رجل فقال: عندي ثلاثة دراهم غللتها في سبيل الله، قال: فلم غللتها؟ قال: كنت محتاجا. قال: خذها منه يا فضل! ثم قال: من خشي من نفسه شيئا، فليقم أدع له. فقام رجل فقال: يا نبي الله! إني لكذاب، وإني لفاحش، وإني لنؤوم. فقال: اللهم! ارزقه صدقا، وأذهب عنه من النوم إذا أراد. ثم قام آخر فقال: إني لكذاب، وإني لمنافق، وما من شيء إلا قد جئته. فقام عمر فقال: فضحت نفسك. فقال النبي ﷺ: يا عمر! فضوح الدنيا أهون من فضوح الآخرة، اللهم! ارزقه صدقا، وإيمانا تصير أمره إلى خير. فقال عمر كلمة، فضحك رسول الله ﷺ وقال: عمر معي، وأنا مع عمر، والحق بعدي مع عمر حيث كان.
[عق، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، طب، طس، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6297)]

(Munkar)
Daripada al-Fadhl bin ‘Abbas RA, beliau berkata:

Rasulullah SAW datang kepadaku, lalu aku keluar menemui Baginda. Aku mendapati Baginda sedang sakit, kepalanya berbalut. Baginda memegang tanganku dan aku memegang tangannya, lalu Baginda menuju ke arah mimbar dan duduk. Kemudian Baginda mengarahkan: “Panggillah sekalian manusia.” Aku pun berteriak memanggil manusia lalu mereka datang berkumpul bersama-sama Baginda. Lalu Baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku memuji Allah yang mana tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Dan sesungguhnya kematian telah mendekatiku. Maka sesiapa yang aku pernah menyebat belakangnya, ini belakangku; maka balaslah ia. Dan sesiapa yang aku pernah hina kehormatannya, ini kehormatanku; maka balaslah ia. Dan sesiapa yang aku pernah ambil hartanya, ini hartaku; maka ambillah ia. Dan jangan seorang pun berkata: Aku takutkan Rasulullah SAW berdendam, kerana sesungguhnya dendam itu bukanlah daripada kebiasaan dan sifatku. Dan sesungguhnya orang yang paling aku cintai ialah orang yang mengambil haknya jika hak itu benar-benar miliknya. Jadi tuntutlah daripadaku atau halalkannya untukku agar aku bertemu Allah Azza wa jalla dalam keadaan diriku baik. Aku merasakan aku tidak akan dituntut hak daripadaku sehingga aku menyatakan hal ini kepada kalian berkali-kali.” Kemudian Baginda turun dan solat Zohor. Kemudian Baginda kembali duduk di atas mimbar, dan mengulangi kata-kata Baginda tentang dendam dan lain-lain tadi. Lalu seorang lelaki bangkit dan berkata: “Wahai Nabi Allah! Duitku sebanyak tiga dirham ada padamu!” Baginda menjawab: “Sesungguhnya kami tidak mendustakan sesiapa yang berkata-kata mahupun menuntut sumpah daripadanya. Bilakah aku ambil duitmu itu?” Lelaki itu menjawab: “Ingatkah pada satu ketika seorang miskin datang kepadamu, lalu kamu menyuruh aku, dan aku berikan kepadanya tiga dirham?” Lalu Baginda mengarahkan: “Berikan kepadanya wahai Fadhl!” Lalu baginda memberinya lalu duduk. Kemudian Baginda bersabda: “Sesiapa yang pada dirinya ada sesuatu, maka selesaikan ia. Dan jangan seorang pun berkata: Ini mendedahkan aib di dunia! Kerana sesungguhnya pendedahan aib di dunia lebih mudah daripada pendedahan aib di akhirat.” Lalu seorang lelaki bangkit dan berkata: “Aku mempunyai tiga dirham yang aku ambil di jalan Allah.” Baginda bertanya: “Kenapa kamu mengambilnya?” Dia menjawab: “Dulu aku memerlukannya.” Baginda mengarahkan: Ambillah daripadanya wahai Fadhl!” Kemudian Baginda bersabda: “Sesiapa yang takutkan sesuatu tentang dirinya, bangunlah; aku doakan untuknya.” Lalu seorang lelaki bangkit dan berkata: “Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya aku seorang pendusta, selalu melakukan maksiat dan banyak tidur.” Lalu Baginda berdoa: “Wahai Allah! Kurniakan kejujuran kepadanya, dan hilangkan keinginan untuk tidur daripadanya, jika dia mahu.” Kemudian seorang lelaki lain bangun dan berkata: “Sesungguhnya aku seorang pendusta dan munafik, dan tidak ada satu keburukan pun melainkan aku telah lakukannya.” Lalu ‘Umar bangkit dan berkata: “Kamu telah dedahkan aib kamu.” Nabi SAW lalu bersabda: “Wahai ‘Umar! Pendedahan aib di dunia lebih ringan daripada pendedahan aib dia akhirat. Wahai Allah! Kurniakan kepadanya kejujuran dan keimanan yang membawanya kepada kebaikan.” Kemudian ‘Umar berkata sesuatu, lalu Rasulullah SAW ketawa dan bersabda: “’Umar bersamaku, dan aku bersama ‘Umar. Dan kebenaran setelahku berada bersama ‘Umar dalam apa jua keadaannya.”


[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa’, Abu Bakr al-Syafi’ie dalam al-Fawa’id, al-Tabarani dalam Mu’jam al’Kabir dan al-Awsath, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6297]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs