Rasulullah SAW datang kepada kami ketika kami sedang berbaring di masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا علي! إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي. يا علي! ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؛ إلا النبوة؟! والذي نفسي بيده! إنك لتذودن عن حوضي يوم القيامة رجالا، كما يذاد البعير الضال عن الماء، بعصا معك من العوسج، كأني أنظر إلى مقامك من حوضي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW datang kepada kami ketika kami sedang berbaring di masjid. Pada tangannya ada pelepah pohon kurma. Lalu baginda memukul kami dan bersabda: "Adakah kalian berbaring di masjid? Ia bukan tempat untuk berbaring!" Kami mula ketakutan dan Ali bin Abu Talib turut takut bersama kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Mari sini wahai Ali. Dihalalkan untukmu di masjid apa yang dihalalkan untukku. Wahai Ali, tidakkah engkau reda menjadi di sisiku seperti kedudukan Musa dan Harun; kecuali dalam aspek kenabian? Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, engkau akan menghalau manusia dari telagaku pada hari kiamat seperti menghalau unta liar dari air, dengan menggunakan tongkat bersamamu yang diperbuat daripada pohon berduri; seolah-olah aku melihat kedudukanmu dari telagaku."

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1886, hadis nombor 9500. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) جابر بن عبد الله الأنصاري – رضي الله عنه – قال: جاءنا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ونحن مضطجعين في المسجد، وفي يده عسيب رطب، فضربنا وقال: ((أترقدون في المسجد؟! إنه لا يرقد فيه أحد)). فأجفلنا، وأجفل معنا علي بن أبي طالب! فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((تعال يا علي! إنه يحل لك في المسجد ما يحل لي. يا علي! ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى؛ إلا النبوة؟! والذي نفسي بيده! إنك لتذودن عن حوضي يوم القيامة رجالا، كما يذاد البعير الضال عن الماء، بعصا معك من العوسج، كأني أنظر إلى مقامك من حوضي)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4937)]

(Sangat Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami ketika kami sedang berbaring di masjid. Pada tangannya ada pelepah pohon kurma. Lalu baginda memukul kami dan bersabda: "Adakah kalian berbaring di masjid? Ia bukan tempat untuk berbaring!" Kami mula ketakutan dan Ali bin Abu Talib turut takut bersama kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Mari sini wahai Ali. Dihalalkan untukmu di masjid apa yang dihalalkan untukku. Wahai Ali, tidakkah engkau reda menjadi di sisiku seperti kedudukan Musa dan Harun; kecuali dalam aspek kenabian? Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, engkau akan menghalau manusia dari telagaku pada hari kiamat seperti menghalau unta liar dari air, dengan menggunakan tongkat bersamamu yang diperbuat daripada pohon berduri; seolah-olah aku melihat kedudukanmu dari telagaku." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.4937]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.