Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اِنْطَلَقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ إِلَى الْغَارِ، فَدَخَلَا فِيْهِ، فَجَاءَتْ العَنْكَبُوتُ، فَنَسَجَتْ عَلَى بَابِ الْغَارِ، وَجَاءَتْ قُرَيْشٌ يَطْلُبُونَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهٌ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانُوا إِذَا رَأَوْا عَلَى بَابِ الْغَارِ نَسْجَ العَنْكَبُوتِ، قَالُوا: لَمْ يَدْخُلْهُ أَحَدٌ، وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا يُصَلِّي وَأَبُو بَكْرٍ يَرتَقِبُ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِدَاكَ أَبِي وَأُمِّي هَؤُلَاءِ قَوْمُكَ يَطْلُبُونَكَ! أَمَّا وَاللهِ مَا عَلَى نَفْسِي أَبْكِي، وَلَكِنَّ مَخَافَةً أَنْ أَرَى فِيْكَ مَا أَكْرَهُ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَحْزَن إِنَّ اللهَ مَعَنَا.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW dan Abu Bakr RA bertolak untuk berhijrah ke Gua Thur, mereka bersembunyi di dalam gua tersebut. Seekor labah-labah datang, lalu mengait sarangnya di pintu gua. Tatkala orang-orang Quraisy datang mencari Nabi SAW, mereka terlihat pintu gua ditutupi oleh sarang lelabah. Lalu mereka menyangka tiada siapa yang masuk ke dalam gua ini. Ketika itu Nabi SAW sedang berdoa, sedangkan Abu Bakr RA resah menanti. Lalu Abu Bakr RA berkata kepada baginda : Galang gantimu ialah bapaku dan ibuku; kaum anda sedang memburu anda! Demi Allah, saya tidak menangis kerana diri saya, tetapi saya menangis kerana takut melihat sesuatu yang saya tidak sukai terjadi kepadamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Usahlah kamu tertekan, sesungguhnya Allah bersama kita.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1038-1039, hadis no. 5314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada al-Hasan, beliau menceritakan, Rasulullah SAW dan Abu Bakr RA bertolak untuk berhijrah ke Gua Thur, mereka bersembunyi di dalam gua tersebut. Seekor labah-labah datang, lalu mengait sarangnya di pintu gua. Tatkala orang-orang Quraisy datang mencari Nabi SAW, mereka terlihat pintu gua ditutupi oleh sarang lelabah. Lalu mereka menyangka tiada siapa yang masuk ke dalam gua ini. Ketika itu Nabi SAW sedang berdoa, sedangkan Abu Bakr RA resah menanti. Lalu Abu Bakr RA berkata kepada baginda : Galang gantimu ialah bapaku dan ibuku, kaum anda sedang memburu anda! Demi Allah, saya tidak menangis kerana diri saya, tetapi saya menangis kerana takut melihat sesuatu yang saya tidak sukai terjadi kepadamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Usahlah kamu tertekan, sesungguhnya Allah bersama kita. [ٌRiwayat Abu Bakr al-Qadi dalam Musnad Abi Bakr. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1129]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman