Rasulullah SAW bimbang akan umat Islam yang panjang cita-citanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أخوف ما أخاف على أمتي الهوى وطول الأمل، فأما الهوى؛ فيصد عن الحق، وأما طول الأمل؛ فينسي الآخرة، وهذه الدنيا مرتحلة، وهذه الآخرة قادمة، ولكل واحدة منها بنون، فكونوا بني الآخرة، ولا تكونوا من بني الدنيا، فإنكم اليوم في دار العمل، وأنتم غدا في دار جزاء ولا عمل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya yang paling aku takuti terhadap umatku adalah hawa nafsu dan cita-cita yang panjang. Adapun hawa nafsu; ia akan menyekatnya daripada kebenaran, manakala cita-cita yang panjang; ia akan melupakan akhirat. Dan dunia ini akan pergi (musnah), manakala akhirat itu kekal, dan untuk setiap satu daripadanya ada pengikutnya. Maka jadilah kalian daripada pengikut-pengikut akhirat, dan janganlah kalian menjadi daripada pengikut-pengikut dunia. Kerana kalian pada hari ini berada di negeri amal, sedangkan kalian esok akan berada di negeri balasan dan tiada amal.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis nombor 9992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن أخوف ما أخاف على أمتي الهوى وطول الأمل، فأما الهوى؛ فيصد عن الحق، وأما طول الأمل؛ فينسي الآخرة، وهذه الدنيا مرتحلة، وهذه الآخرة قادمة، ولكل واحدة منها بنون، فكونوا بني الآخرة، ولا تكونوا من بني الدنيا، فإنكم اليوم في دار العمل، وأنتم غدا في دار جزاء ولا عمل)).
[ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، أبو بكر الشافعي في ((مجلسين))، ابن أبي شريح الأنصاري في ((الأحاديث المائة))، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (2177)]

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya yang paling aku takuti terhadap umatku adalah hawa nafsu dan cita-cita yang panjang. Adapun hawa nafsu; ia akan menyekatnya daripada kebenaran, manakala cita-cita yang panjang; ia akan melupakan akhirat. Dan dunia ini akan pergi (musnah), manakala akhirat itu kekal, dan untuk setiap satu daripadanya ada pengikutnya. Maka jadilah kalian daripada pengikut-pengikut akhirat, dan janganlah kalian menjadi daripada pengikut-pengikut dunia. Kerana kalian pada hari ini berada di negeri amal, sedangkan kalian esok akan berada di negeri balasan dan tiada amal.”
[Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam Qasr al-Amal, Abu Bakr al-Syafie dalam Majlisaini, Ibnu Abi Syuraih al-Ansari dalam al-Ahadis al-Miah, dan Ibnu al-Jauzi dalam al-I’lal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2177]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.