Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أخوَفَ ما أخافُ علَى أمَّتي الهوى وطولُ الأمَلِ فأمَّا الهوَى فيَصدُّ عنِ الحقِّ وأما طولُ الأمَلِ، فيُنَسِّي الآخرةَ وَهَذِهِ الدُّنيا مرتَحِلةٌ وَهَذِهِ الآخرةُ قادمةٌ ولِكُلِّ واحدةٍ منها بنونَ فكونوا بَني الآخرةِ، ولا تَكونوا من بَني الدُّنيا، فإنَّكمُ اليومَ في دارِ العملِ وأنتُمْ غدًا في دارِ جزاءٍ ولا عملَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya yang paling aku takuti terhadap umatku adalah hawa nafsu dan cita-cita yang panjang. Adapun hawa nafsu; ia akan menyekatnya daripada kebenaran, manakala cita-cita yang panjang; ia akan melupakan akhirat. Dan dunia ini akan pergi (musnah), manakala akhirat itu kekal, dan untuk setiap satu daripadanya ada pengikutnya. Maka jadilah kalian daripada pengikut-pengikut akhirat, dan janganlah kalian menjadi daripada pengikut-pengikut dunia. Kerana kalian pada hari ini berada di negeri amal, sedangkan kalian esok akan berada di negeri balasan dan tiada amal.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis no. 9992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن أخوف ما أخاف على أمتي الهوى وطول الأمل، فأما الهوى؛ فيصد عن الحق، وأما طول الأمل؛ فينسي الآخرة، وهذه الدنيا مرتحلة، وهذه الآخرة قادمة، ولكل واحدة منها بنون، فكونوا بني الآخرة، ولا تكونوا من بني الدنيا، فإنكم اليوم في دار العمل، وأنتم غدا في دار جزاء ولا عمل)). [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، أبو بكر الشافعي في ((مجلسين))، ابن أبي شريح الأنصاري في ((الأحاديث المائة))، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (2177)]
(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya yang paling aku takuti terhadap umatku adalah hawa nafsu dan cita-cita yang panjang. Adapun hawa nafsu; ia akan menyekatnya daripada kebenaran, manakala cita-cita yang panjang; ia akan melupakan akhirat. Dan dunia ini akan pergi (musnah), manakala akhirat itu kekal, dan untuk setiap satu daripadanya ada pengikutnya. Maka jadilah kalian daripada pengikut-pengikut akhirat, dan janganlah kalian menjadi daripada pengikut-pengikut dunia. Kerana kalian pada hari ini berada di negeri amal, sedangkan kalian esok akan berada di negeri balasan dan tiada amal.” [Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam Qasr al-Amal, Abu Bakr al-Syafie dalam Majlisaini, Ibnu Abi Syuraih al-Ansari dalam al-Ahadis al-Miah, dan Ibnu al-Jauzi dalam al-I’lal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2177]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman