Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تُشرِكوا باللَّهِ شيئًا وإن قُطِّعتُمْ أو حرِّقتُمْ أو قُتلتُمْ. ولا تترُكوا الصَّلاةَ المكتوبَةَ مُتعمِّدينَ، فمَن ترَكَها مُتعمِّدًا، فقَد خرجَ منَ الملَّةِ. ولا تركبو المعصيةَ؛ فإنَّها من سَخطِ اللَّهِ، ولا تشرَبوا الخمرَ؛ فإنَّها رأسُ الخطايا كُلِّها. ولا تفِرُّوا منَ القتلِ والموتِ وإن كنتُمْ فيهِ. ولا تَعصيَنَّ والديكَ، وإن أمراكَ أن تخرُجَ منَ الدُّنيا كُلِّها؛ فاخرُجْ. ولا تضَعْ عصاكَ عَن أَهْلِكَ، وأنصِفهُم مِن نفسِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara. Baginda SAW bersabda: “Janganlah kalian mensyirikkan Allah SWT dengan apapun walaupun kalian dicincang atau dibakar atau dibunuh. Dan janganlah kalian tinggalkan solat yang wajib secara sengaja. Maka sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja, sungguh dia telah keluar dari agama. Dan jangan kalian melakukan kemaksiatan, kerana sesungguhnya ia (membawa) kemurkaan Allah SWT. Dan jangan kalian minum arak, kerana sesungguhnya ia merupakan biang daripada segala kejahatan. Dan jangan kalian lari daripada peperangan dan kematian meskipun kalian berada di dalamnya. Dan janganlah engkau derhaka kepada kedua ibubapamu, walaupun mereka berdua menyuruhmu keluar daripada dunia sepenuhnya, maka keluarlah. Dan jangan engkau memukul ahli keluargamu, dan berlaku adillah kepada mereka”.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin as-Somit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis no. 2799.
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Ubadah bin as-Somit RA berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara. Baginda SAW bersabda: “Janganlah kalian mensyirikkan Allah SWT dengan apapun walaupun kalian dicincang atau dibakar atau dibunuh. Dan janganlah kalian tinggalkan solat yang wajib secara sengaja. Maka sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja, sungguh dia telah keluar dari agama. Dan jangan kalian melakukan kemaksiatan, kerana sesungguhnya ia (membawa) kemurkaan Allah SWT. Dan jangan kalian minum arak, kerana sesungguhnya ia merupakan biang daripada segala kejahatan. Dan jangan kalian lari daripada peperangan dan kematian meskipun kalian berada di dalamnya. Dan janganlah engkau derhaka kepada kedua ibubapamu, walaupun mereka berdua menyuruhmu keluar daripada dunia sepenuhnya, maka keluarlah. Dan jangan engkau memukul ahli keluargamu, dan berlaku adillah kepada mereka”.” [Riwayat oleh al-Bukhārī dalam Kitab al-Tārikh, Ibn Naṣr dalam kitab al-Ṣalāt, Ibn ‘Abd al-Ḥakam dalam kitabn Futūḥ Miṣr, Ibn Abī Ḥātim dalam kitab Tafsirnya, al-Ṭabarānī kitab al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5991].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman