Rasulullah SAW bertemu dengan 'Uthman bin Affan

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لقي عثمان ن عفان عند باب المسجد، فقال: ((يا عثمان! هذا جبريل يقول عن الله – عز وجل-: إني قد زوجتك أم كلثوم؛ على مثل ما زوجتك رقية، وعلى مثل صحبتها)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW bertemu dengan ‘Uthman bin Affan di pintu masjid. Kemudian baginda bersabda: "Wahai ‘Uthman, Jibril telah sampaikan dari Allah ‘Azza wa Jalla: Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengahwinkan kamu dengan Ummu Kulthum sepertimana aku telah kahwinkan kamu dengan Ruqayyah, dan seolah olah ia menjadi peneman kepadanya."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1885, hadis nombor 9494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لقي عثمان ن عفان عند باب المسجد، فقال: ((يا عثمان! هذا جبريل يقول عن الله – عز وجل-: إني قد زوجتك أم كلثوم؛ على مثل ما زوجتك رقية، وعلى مثل صحبتها)). [هـ، ابن منده، ((الضعيفة)) (4824)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bertemu dengan ‘Uthman bin Affan di pintu masjid. Kemudian baginda bersabda: "Wahai ‘Uthman, Jibril telah sampaikan dari Allah ‘Azza wa Jalla: Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mengahwinkan kamu dengan Ummu Kulthum sepertimana aku telah kahwinkan kamu dengan Ruqayyah, dan seolah olah ia menjadi peneman kepadanya." [Riwayat Ibn Majah dan Ibnu Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4824]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs