Rasulullah SAW bertemu dengan ‘Aishah dan Fatimah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على عائشة وفاطمة وقد جرى بينهما كلام فقال: ما أنت بمنتهية يا حميراء عن ابنتي؟ إن مثلي ومثلك كأبي زرع مع أم زرع…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW bertemu dengan ‘Aishah dan Fatimah yang sedang bertengkar, lalu baginda bersabda: Kamu tidak sudah-sudah lagikah bertengkar dengan anak perempuanku, wahai al-Humaira’? Perumpamaan aku dan kamu adalah seperti Abu Zar‘ dengan Ummu Zar‘…

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1962, hadis nombor 9815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن الأسود بن جبر المعافري، قال: دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على عائشة وفاطمة وقد جرى بينهما كلام فقال: ما أنت بمنتهية يا حميراء عن ابنتي؟ إن مثلي ومثلك كأبي زرع مع أم زرع…
[أبو القاسم عبد الحكيم بن حبان، الضعيفة (6532)]

(Munkar)
Daripada al-Aswad bin Jabr al-Mu’afiri, dia menceritakan: Rasulullah SAW bertemu dengan ‘Aishah dan Fatimah yang sedang bertengkar, lalu baginda bersabda: Kamu tidak sudah-sudah lagikah bertengkar dengan anak perempuanku, wahai al-Humaira’? Perumpamaan aku dan kamu adalah seperti Abu Zar‘ dengan Ummu Zar‘…
[Riwayat Abu al-Qasim ‘Abd al-Hakim bin Hibban. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.