Rasulullah SAW bertakbir pada hari tasyrik daripada solat Zohor pada hari raya korban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأيته صلى الله عليه وسلم كبّر في أيام التشريق من صلاة الظهر يوم النحر حتى خرج من منى، يكبر في دبر كل صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari tasyrik bermula daripada solat Zohor pada hari raya korban sehingga baginda keluar ke Mina, Baginda bertakbir setiap kali selepas menunaikan solat.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1530, hadis nombor 7775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن شريح بن أبرهة – رضي الله عنه -، قال: ((رأيتُهُ صلى الله عليه وسلم كَبَّر في أيامِ التشريقِ من صلاةِ الظهرِ يوم النحرِ حتى خرجِ مِنْ مِنَىً، يُكَبِّرُ في دُبُرِ كُلِّ صلاةٍ)). [طس، ((الضعيفة)) (5577)].

(Sangat Lemah)
Daripada Shuraih bin Abrahah RA berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari tasyrik bermula daripada solat Zohor pada hari raya korban sehingga baginda keluar ke Mina, Baginda bertakbir setiap kali selepas menunaikan solat.”
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5577].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.