Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُهُ صلى الله عليه وسلم كَبَّر في أيامِ التشريقِ من صلاةِ الظهرِ يوم النحرِ حتى خرجِ مِنْ مِنَىً، يُكَبِّرُ في دُبُرِ كُلِّ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari tasyrik bermula daripada solat Zohor pada hari raya korban sehingga baginda keluar ke Mina, Baginda bertakbir setiap kali selepas menunaikan solat.”
Sahabat Perawi
- Shuraih bin Abrahah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1530, hadis no. 7775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن شريح بن أبرهة - رضي الله عنه -، قال: ((رأيتُهُ صلى الله عليه وسلم كَبَّر في أيامِ التشريقِ من صلاةِ الظهرِ يوم النحرِ حتى خرجِ مِنْ مِنَىً، يُكَبِّرُ في دُبُرِ كُلِّ صلاةٍ)). [طس، ((الضعيفة)) (5577)].
(Sangat Lemah) Daripada Shuraih bin Abrahah RA berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW bertakbir pada hari tasyrik bermula daripada solat Zohor pada hari raya korban sehingga baginda keluar ke Mina, Baginda bertakbir setiap kali selepas menunaikan solat.” [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5577].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman