Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يُصَافِحُ النِّسَاءَ وَعَلَى يَدِهِ ثَوْبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW bersalaman dengan perempuan dalam keadaan tangan Baginda beralaskan pakaian.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis no. 5346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قيس بن أبي حازم قال: كان يصافح النساء وعلى يده ثوب. [ابن عبدر البر، الضعيفة (1858)]
[Lemah] Daripada Qays bin Abi Hazim, beliau berkata: Rasulullah SAW bersalaman dengan perempuan dalam keadaan tangan Baginda beralaskan pakaian. [Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman