Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah Allah menganugerahkan sebuah kenikmatan kepada seorang hamba

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أنعم الله على عبد نعمة، فعلم أنها من عند الله؛ إلا كتب الله له شكرها قبل أن يحمده عليها. وما أذنب عبد ذنباً، فندم عليه؛ إلا كتب الله له مغفرة قبل أن يستغفره. وما اشترى عبد ثوباً بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فحمد الله عليه؛ إلا لم يبلغ ركبتيه حتى يغفر الله له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah Allah menganugerahkan sebuah kenikmatan kepada seorang hamba, dan dia mengetahui bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menuliskan baginya (pahala) kesyukuran di atas nikmat tersebut sebelum dia memuji-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu berbuat dosa, dan dia menyesal akan dosa tersebut melainkan Allah akan menuliskan baginya keampunan sebelum dia memohon keampunan kepada-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu membeli sehelai pakaian dengan harga satu dinar atau separuh dinar, kemudian dia memakainya lalu memuji Allah melainkan belum sampai lagi pakaian itu mencecah lututnya, Allah sudah mengampuninya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis nombor 7688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – قالت: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ما أنعم الله على عبد نعمة، فعلم أنها من عند الله؛ إلا كتب الله له شكرها قبل أن يحمده عليها. وما أذنب عبد ذنباً، فندم عليه؛ إلا كتب الله له مغفرة قبل أن يستغفره. وما اشترى عبد ثوباً بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فحمد الله عليه؛ إلا لم يبلغ ركبتيه حتى يغفر الله له. [ك، (الضعيفة)) (5347)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidaklah Allah menganugerahkan sebuah kenikmatan kepada seorang hamba, dan dia mengetahui bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menuliskan baginya (pahala) kesyukuran di atas nikmat tersebut sebelum dia memuji-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu berbuat dosa, dan dia menyesal akan dosa tersebut melainkan Allah akan menuliskan baginya keampunan sebelum dia memohon keampunan kepada-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu membeli sehelai pakaian dengan harga satu dinar atau separuh dinar, kemudian dia memakainya lalu memuji Allah melainkan belum sampai lagi pakaian itu mencecah lututnya, Allah sudah mengampuninya.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak; Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5347].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.