Sangat lemah
6 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا أَنْعَمَ اللهُ عَلَى عَبْدٍ نِعْمَةً، فَعَلِمَ أَنَّهَا مِنْ عِنْدِ اللهِ؛ إِلَّا كَتَبَ اللهُ لَهُ شُكْرَهَا قَبْلَ أَنْ يَحْمَدَهُ عَلَيْهَا. وَمَا أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْباً، فَنَدِمَ عَلَيْهِ؛ إِلَّا كَتَبَ اللهُ لَهُ مَغْفِرَةً قَبْلَ أَنْ يَسْتَغْفِرَهُ. وَمَا اشْتَرَى عَبْدٌ ثَوْباً بِدِينَارٍ أَوْ نِصْفِ دِينَارٍ، فَلَبِسَهُ، فَحَمِدَ اللهُ عَلَيْهِ؛ إِلَّا لَمْ يَبْلُغْ رُكْبَتَيْهِ حَتَّى يَغْفِرَ اللهُ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidaklah Allah menganugerahkan sebuah kenikmatan kepada seorang hamba, dan dia mengetahui bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menuliskan baginya (pahala) kesyukuran di atas nikmat tersebut sebelum dia memuji-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu berbuat dosa, dan dia menyesal akan dosa tersebut melainkan Allah akan menuliskan baginya keampunan sebelum dia memohon keampunan kepada-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu membeli sehelai pakaian dengan harga satu dinar atau separuh dinar, kemudian dia memakainya lalu memuji Allah melainkan belum sampai lagi pakaian itu mencecah lututnya, Allah sudah mengampuninya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1510, hadis no. 7688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ما أنعم الله على عبد نعمة، فعلم أنها من عند الله؛ إلا كتب الله له شكرها قبل أن يحمده عليها. وما أذنب عبد ذنباً، فندم عليه؛ إلا كتب الله له مغفرة قبل أن يستغفره. وما اشترى عبد ثوباً بدينار أو نصف دينار، فلبسه، فحمد الله عليه؛ إلا لم يبلغ ركبتيه حتى يغفر الله له. [ك، (الضعيفة)) (5347)].
(Sangat Lemah) Daripada ‘Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Tidaklah Allah menganugerahkan sebuah kenikmatan kepada seorang hamba, dan dia mengetahui bahawa ia datang daripada Allah melainkan Allah akan menuliskan baginya (pahala) kesyukuran di atas nikmat tersebut sebelum dia memuji-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu berbuat dosa, dan dia menyesal akan dosa tersebut melainkan Allah akan menuliskan baginya keampunan sebelum dia memohon keampunan kepada-Nya. Dan tidaklah seorang hamba itu membeli sehelai pakaian dengan harga satu dinar atau separuh dinar, kemudian dia memakainya lalu memuji Allah melainkan belum sampai lagi pakaian itu mencecah lututnya, Allah sudah mengampuninya. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak; Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5347].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman