Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT membahagikan manusia menjadi dua kelompok, Dan Dia menjadikanku pada kelompok yang paling baik

TEKS BAHASA ARAB

قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إن الله عز وجل خلق الخلق قسمين، فجعلني في خيرهما قسماً، وذلك قول الله عز وجل: (وأصحاب اليمين) ، (وأصحاب الشمال) ؛ فأنا من أصحاب اليمين؛ وأنا خير أصحاب اليمين، ثم جعل القسمين أثلاثاً، فجعلني في خيرها ثلثاً، فذلك قوله: (وأصحاب الميمنة) ، (والسابقون السابقون) ؛ فأنا خير السابقين، ثم جعل الأثلاث قبائل فجعلني في خيرها قبيلة، وذلك قوله: (وجعلناكم شعوباً وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير) ، وأنا أتقى ولد آدم وأكرمهم على الله عز وجل، ثم جعل القبائل بيوتاً؛ فجعلني في خيرها بيتاً، وذلك قوله: (إنما يريد ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيراً) ، وأنا وأهل بيتي مطهرون من الذنوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT membahagikan manusia menjadi dua kelompok, Dan Dia menjadikanku pada kelompok yang paling baik, sepertimana firman Allah: {Dan golongan kanan.} [al-Waqi’ah: 27] {Dan golongan kiri.} [al-Waqi’ah: 41] Maka aku dalam kalangan golongan kanan dan aku merupakan sebaik-baik golongan kanan. Kemudian Allah menjadikan dua golongan itu kepada tiga dan Dia telah menjadikan aku dalam kalangan sebaik-baik satu pertiga itu, maka itu adalah firman-Nya: {Golongan pihak kanan.} [al-Waqi’ah: 8] {Dan (bahagian yang ketiga pula ialah) orang-orang yang paling dahulu beriman (mengerjakan kebaikan di dunia) merekalah orang yang paling dahulu (masuk syurga di akhirat kelak).} [al-Waqi’ah: 10] Dan aku di kalangan sebaik-baik orang yang mendahului. Kemudian Allah menjadikan tiga bahagian itu kepada kabilah-kabilah lalu Dia menjadikanku di dalam sebaik-baik kabilah. Sebagaimana firman-Nya: {Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).} [al-Hujurat: 13] Dan akulah anak Adam AS yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah. Kemudian Allah menjadikan kabilah-kabilah itu kepada keluarga-keluarga, maka Dia menjadikan bagiku sebaik-baik keluarga. Itulah firman-Nya: {Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu- wahai Ahli keluarga Nabi dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).} [al-Ahzab: 33] dan aku serta ahli keluargaku adalah suci daripada dosa-dosa.

STATUS

Palsu Kesemuanya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis nombor 7658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التام) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إن الله عز وجل خلق الخلق قسمين، فجعلني في خيرهما قسماً، وذلك قول الله عز وجل: (وأصحاب اليمين) ، (وأصحاب الشمال) ؛ فأنا من أصحاب اليمين؛ وأنا خير أصحاب اليمين، ثم جعل القسمين أثلاثاً، فجعلني في خيرها ثلثاً، فذلك قوله: (وأصحاب الميمنة)، (والسابقون السابقون)؛ فأنا خير السابقين، ثم جعل الأثلاث قبائل فجعلني في خيرها قبيلة، وذلك قوله: (وجعلناكم شعوباً وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير)، وأنا أتقى ولد آدم وأكرمهم على الله عز وجل، ثم جعل القبائل بيوتاً؛ فجعلني في خيرها بيتاً، وذلك قوله: (إنما يريد ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيراً) ، وأنا وأهل بيتي مطهرون من الذنوب. [(الفسوي، (الضعيفة)) (5495)].

(Palsu Kesemuanya)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT membahagikan manusia menjadi dua kelompok, Dan Dia menjadikanku pada kelompok yang paling baik, sepertimana firman Allah: {Dan golongan kanan.} [al-Waqi’ah: 27] {Dan golongan kiri.} [al-Waqi’ah: 41] Maka aku dalam kalangan golongan kanan dan aku merupakan sebaik-baik golongan kanan. Kemudian Allah menjadikan dua golongan itu kepada tiga dan Dia telah menjadikan aku dalam kalangan sebaik-baik satu pertiga itu, maka itu adalah firman-Nya: {Golongan pihak kanan.} [al-Waqi’ah: 8] {Dan (bahagian yang ketiga pula ialah) orang-orang yang paling dahulu beriman (mengerjakan kebaikan di dunia) merekalah orang yang paling dahulu (masuk syurga di akhirat kelak).} [al-Waqi’ah: 10] Dan aku di kalangan sebaik-baik orang yang mendahului. Kemudian Allah menjadikan tiga bahagian itu kepada kabilah-kabilah lalu Dia menjadikanku di dalam sebaik-baik kabilah. Sebagaimana firman-Nya: {Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).} [al-Hujurat: 13] Dan akulah anak Adam AS yang paling bertaqwa dan paling mulia di sisi Allah. Kemudian Allah menjadikan kabilah-kabilah itu kepada keluarga-keluarga, maka Dia menjadikan bagiku sebaik-baik keluarga. Itulah firman-Nya: {Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu- wahai Ahli keluarga Nabi dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).} [al-Ahzab: 33] dan aku serta ahli keluargaku adalah suci daripada dosa-dosa.))
[Riwayat al-Faswi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5495].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs