Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda sedang gering

TEKS BAHASA ARAB

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرضه ادعوا لي أخي فدعي له علي فقال: ادن مني. فدنوت منه فاستند إلي فلم يزل مستندًا إلي وإنه ليكلمني حتى إن بعض ريق النبي صلى الله عليه وسلم ليصيبني. ثم نزل برسول الله صلى الله عليه وسلم وثقل في حجري، فصحت: يا عباس أدركني فإني هالك فجاء العباس فكان جهدهما جميعًا أن أضجعاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda sedang gering: Panggilkan saudaraku. Lalu saya dipanggil. Baginda mengarahkan, Mendekatlah kepadaku.Maka saya pun mendekat kepada Baginda, dan Baginda bersandar kepada saya. Baginda terus-terusan bersandar kepada saya dan bercakap-cakap dengan saya sehingga sebahagian air liur Baginda terkena saya. Baginda terjatuh, dan terasa berat di pangkuan saya, maka saya menyeru, Wahai ‘Abbas, bantulah saya, saya sudah tidak larat. Maka ‘Abbas pun datang. Kami berdua bersusah payah untuk membaringkan Baginda.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1056, hadis nombor 5403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في مرضه ادعوا لي أخي فدعي له علي فقال: ادن مني. فدنوت منه فاستند إلي فلم يزل مستندًا إلي وإنه ليكلمني حتى إن بعض ريق النبي صلى الله عليه وسلم ليصيبني. ثم نزل برسول الله صلى الله عليه وسلم وثقل في حجري، فصحت: يا عباس أدركني فإني هالك فجاء العباس فكان جهدهما جميعًا أن أضجعاه. [ابن سعد، الضعيفة (4945)]

[Palsu] Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda sedang gering, Panggilkan saudaraku. Lalu saya dipanggil. Baginda mengarahkan, Mendekatlah kepadaku. Maka saya pun mendekat kepada Baginda, dan Baginda bersandar kepada saya. Baginda terus-terusan bersandar kepada saya dan bercakap-cakap dengan saya sehingga sebahagian air liur Baginda terkena saya. Baginda terjatuh, dan terasa berat di pangkuan saya, maka saya menyeru: Wahai ‘Abbas, bantulah saya, saya sudah tidak larat. Maka ‘Abbas pun datang. Kami berdua bersusah payah untuk membaringkan Baginda. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4945]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs