TEKS BAHASA ARAB
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لما رجع من الأحزاب: من كان سامعا مطيعا فلا يصلين العصر إلا ببني قريظة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW bersabda kepada kami ketika dalam perjalanan pulang daripada perang al-Ahzab: Sesiapa yang mendengar kata dan taat perintah, maka hendaklah dia tidak mendirikan solat Asar melainkan di perkampungan suku Quraizah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047, hadis nombor 5351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لما رجع من الأحزاب: من كان سامعا مطيعا فلا يصلين العصر إلا ببني قريظة. [ذكره ابن هشام في السيرة، الضعيفة (1981)]
[Munkar dengan konteks ini] Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda kepada kami ketika dalam perjalanan pulang daripada perang al-Ahzab: Sesiapa yang mendengar kata dan taat perintah, maka hendaklah dia tidak mendirikan solat Asar melainkan di perkampungan suku Quraizah. [Disebutkan oleh Ibn Hisham dalam al-Sirah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, 1981]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.