TEKS BAHASA ARAB
أن رسول الله ﷺ قال لأبي بكر وعمر: لو اجتمعتما في مشورة ما خالفتكما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar dan ‘Umar: "Jika kalian berdua berkumpul dalam satu perbincangan, aku tidak menyanggahi kalian berdua."
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis nombor 9041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن غنم أن رسول الله ﷺ قال لأبي بكر وعمر: لو اجتمعتما في مشورة ما خالفتكما. [حم، ((الضعيفة)) (1008)]
(Lemah) Daripada Abd al-Rahman bin Ghonm menyatakan sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar dan ‘Umar: "Jika kalian berdua berkumpul dalam satu perbincangan, aku tidak menyanggahi kalian berdua." [Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1008]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.