Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن رسول الله ﷺ قال لأبي بكر وعمر: لو اجتمعتما في مشورة ما خالفتكما.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar dan 'Umar: "Jika kalian berdua berkumpul dalam satu perbincangan, aku tidak menyanggahi kalian berdua."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis no. 9041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن غنم أن رسول الله ﷺ قال لأبي بكر وعمر: لو اجتمعتما في مشورة ما خالفتكما. [حم، ((الضعيفة)) (1008)]
(Lemah) Daripada Abd al-Rahman bin Ghonm menyatakan sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar dan 'Umar: "Jika kalian berdua berkumpul dalam satu perbincangan, aku tidak menyanggahi kalian berdua." [Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1008]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman